Masak Lemak Ketam Dan Malam Lailatul Qadr
Sekarang ni, sementara kita berada dalam 10 akhir Ramadhan, kalau baca di medsos, ramai yang menulis bab meneka samada tadi malam lailatul qadr atau tidak. Saya dulu, masa kecil kecil pun faham macam tu juga. Faham yang Lailatul Qadr berlaku dalam detik dan masa tertentu sahaja.
Tapi kini dah dewasa dan banyak ilmu dikongsi di medsos, baru faham dengan jelas bahawa apa sahaja yang dibuat dari masuk waktu Maghrib sehingga Subuh, semua dapat pahala seolah kita melakukannya selama 84 tahun. Jadi kita ni dah banyak juga menemui malam lailatul qadr dalam hidup kita. Kecuali lah kita memang tak buat apa apa ibadah malam tu. Tak kan lah kan? Tak kanlah solat Maghrib, Isyak tak buat kan?
Malam lailatul qadr adalah hadiah untuk umat Rasulullah. Ini adalah kerana umat umat terdahulu, umur mereka panjang panjang sampai beribu dan beratus tahun. Boleh banyak melakukan ibadah. Sedang umat Nabi Muhammad hanya berumur kebanyakannya 60-70 tahun jer. Tak ramai melepasi 80-100 tahun. Jadi ini lah hadiah yang diberikan untuk kita mendapat pahala yang banyak untuk mendapatkan syurga.
Jadi kita tak perlu berteka teki, cuma buat sebanyaknya ibadah untuk 10 malam nanti tanpa mengira malam genap atau ganjil. !0 malam jer pun kan. Lagi pun malam ganjil di tempat kita, mungkin malam genap di tempat lain. Kita ikut genap dan ganjil di tempat sendiri. OK setakat ini dahulu, jom masuk bab resipi dan masakan pula.
Hari ini adalah pertama kali saya memasak ketam di London. Bila tengok ketam di sini, terasa di hati betapa beruntungnya kita di Malaysia. Ketam segar dan pebagai spesis.
Tapi di sini walaupun dipanggil ketam segar tapi iaya bukan lah segar macam tempat kita. Tapi rasanya ketam frozen yang dah di frost.
Kalau ketam, memang sesuai dimasak lemak. Kalau ketam segar tempat kita, bolehlah masak sambal atau masak berlado.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Masak Lemak Ketam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
7 ekor ketam
Garam
Serbuk perasa
1 keping asam keping
Santan secukupnya
Daun kunyit - hiris
Bahan kisar:
2-3 biji bawang merah
1 biji cili merah
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai
2 inci kunyit hidup
Cara cara:
Masak bahan kisar sehingga mendidih dan air hampir kering. Masukkan ketam dan kacau rata.
Masukkan santan secukupnya. Masukkan semua bahan perasa.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris. Kacau rata. Boleh tutup api.





Catat Ulasan for "Masak Lemak Ketam Dan Malam Lailatul Qadr"
Add your comment