Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Kepala Ikan Dan Sakitnya Ujian

 


Saya masih teringat bahawa bersama kesusahan atau ujian, adanya kesenangan. Bukan selepas kesusahan tapi bersama sama, iaitu pada masa yang sama. Teringat juga kata Ustaz Naim bahawa kesusahan dan kesakitan itu tidak lama. Juga Allah tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan seseorang. Memang benar, kesakitan yang dirasakan sangat pedih dan sakit, beransur ansur hilang dan mula kabur dan meninggalkan dari memori. 

Bila di saat kesakitan, kita boleh rasakan dada pedih bak dihiris sembilu. Ketika itu, kita akan mengingati Allah. Tapi bila saat kesakitan tiada lagi, kita mulai leka dan membuang masa dengan perkara lara.

Lebih indah bila Allah datang suatu yang tidak disangka sangka di saat kita sangat memerlukan. Allah Maha Kaya, Allah boleh memberi bila bila yang Dia kehendaki. Jadi bila diuji, kebergantungan kepada Allah perlu lagi kuat dan semakin kuat. Jangan sesekali menyalahkan takdir, menyalahkan diri sendiri dengan pelbagai kalau lah itu, kalau lah ini dsb.  



Saya belajar resipi sup ikan ni dari sahabat saya ketika anak anak masih kecil lagi. Semasa di rumah mereka, sahabat saya menyediakan lauk ini di hadapan saya. Sejak itu, saya pasti menggunakan resipi ini untuk memasak sup kepala ikan. Mudah cepat dan sedap. Tak guna sup bunjut atau rempah sup pun. Tapi tetap sedap.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Sup Kepala Ikan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
1 kepala ikan jenahak
1 kayu manis
2 bunga lawang
Garam
1-2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
Daun sup

Bahan hiris:
5 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan rempah dan bahan hiris sehingga sedikit keperangan. 

Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga mendidih. 

Masukkan kepala ikan dan lada hitam serta garam secukup rasa. 

Akhir sekali, tabur daun sup dan tutup api. Nota: jika suka, tabur sekali bawang goreng.  Sedia untuk dihidangkan. 



Catat Ulasan for "Sup Kepala Ikan Dan Sakitnya Ujian"