Sambal Tumis Udang Buat Ammar
Serious sangat rindukan saat berbuka puasa di Malaysia. Kalau berbuka puasa, hidangan penuh meja. Bukan sahaja kerana boleh beli pelbagai lauk dan kuih muih di bazar Ramadhan tapi kalau nak masak pun, semua bahan ada boleh dibeli.
Di London ni, saya dah tak lalu nak makan ayam, daging hari hari. Ikan pula kalau ada jenis ikan sini yang saya tak suka seperti salmon, mackerel. Sesekali OK lah. Kalau dah selalu, rasa muak.
Saya teringin nak makan paru berlado, pajeri terung, ikan cencaru sumbat, telur masin. Aduhaai sedap semuanya. Betapa beruntungnya di Malaysia, food heaven. Semua pun ada. Betul tak?
Nana beli udang di pasaraya kerana Ammar meminta dimasakkan sambal tumis udang. Alhamdulillah setakat ini dia berpuasa penuh. Itu yang sebelum berbuka, macam macam yang dia minta. Macam macam yang dia teringin nak makan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....
Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
200 gram udang
2 sudu besar cili kering kisar
¼ sudu kecil pes asam jawa
½ sudu kecil garam
1 ½ sudu besar gula
½ biji bawang Holland - hiris
Minyak masak
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Masukkan semua bahan kisar dan cili kering kisar di dalam kuali dan masak sehingga air kering.
Kemudian tuang minyak secukupnya. Tumis sehingga cili benar benar masak dan garing. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan asam jawa, gula dan garam. Masukkan sedikit air dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan bawang Holland dan udang. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati.





Catat Ulasan for "Sambal Tumis Udang Buat Ammar"
Add your comment