Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cina Dan Bab Hilang Selera Makan




Sejak balik dari Malaysia pertengahan Januari, saya menjadi tidak sihat. Kata Nana, ini adalah winter flue. Bukan saya sahaja tapi Nana dan Aliya juga berhingus dan sebelah malam akan batuk batuk. Saya berdoa agar kami semua diberikan kesembuhan dengan segera. Maklum lah bila terbatuk batuk, terpaksa mengulang memperbaharui wudhu.

Bila tak sihat, selera makan saya menjadi agak tidak menentu. Semua rasa tak lalu nak makan walaupun makanan yang sebelumnya saya nak makan sangat. Kadang terfikir apa yang Allah aturkan untuk saya seterusnya. Kita tidak tahu apa apa yang akan terjadi. 



Yang pasti semua yang hidup, akan merasai mati dan kematian adalah suatu yang pasti. Cuma kita tidak tahu bila ianya akan berlaku pada seseorang. Mungkin Allah menarik nikmat kita sedikit demi sedikit untuk kita menyedari hakikat kehidupan. 

Bila selera makan menjadi isu, saya akan makan nasi goreng sekadar untuk mengalas perut. Jadi dengan nasi goreng, saya tak perlu memikirkan lauk. Makan nasi goreng semata mata pun dah cukup.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba..... 


Nasi Goreng Cina
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
3 biji telur
1 sudu kecil garam
Serbuk lada putih
1 batang daun bawang
Bawang goreng

Bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng telur yang telah dipukul. Kacau rata, angkat dan ketepikan.

Tumis pula bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk lada putih secukupnya.

Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan daun bawang dan kacau lagi.

Akhir sekali, masukkan telur goreng tadi. Kacau rata dan boleh tutup api. Sebelum hidang, tabur bawang goreng.

Selamat mencuba... 



Catat Ulasan for "Nasi Goreng Cina Dan Bab Hilang Selera Makan"