Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan Dan Bab Ramadhan
Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah Zoom Al Fadhil Ustaz Syed Norhisham berkenaan hadis berkaitan dengan bulan Ramadhan. Antaranya ialah hadis berpuasa dengan "kira-kira" dan iman merujuk kepada konsep Imanan wa Ihtisaban, yaitu menjalankan ibadah puasa Ramadan atas dasar keimanan yang kukuh kepada Allah SWT dan mengharap pahala (perhitungan pahala/ihtisab) semata-mata dari-Nya. Apa maksud hari akhirat dan hisab. Hari akhirat iaitu hari kiamat ialah hari hisab.
Siapa hidupkan Ramadhan dengan penuh pengiraan dan penuh iman dan dia calculate atau mengira ngira setiap ruang yang ada supaya dapat markah atau pahala penuh. Penuh iman dan penuh berkira sepanjang ramadhan untuk dapat pahala dan redha Allah.
Hadis dari Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda dia akan dapat pengampunan Allah. Satu kebaikan dan amal soleh akan diganda 10 sehingga 700. Kecuali puasa di mana puasa khusus untuk Ku. Aku yang akan balas khusus. Sebab dia meninggalkan syahwat makan minum kerana aku walaupun dia boleh makan tak ada orang nampak. Ibadah puasa adalah ibadah paling ikhlas. Solat umrah sedekah orang boleh tengok. Tapi puasa orang tak boleh tengok kecuali orang tu sendiri yang beritahu.
Rasulullah bersabda bagi orang berpuasa ada 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika mengadap Allah. Dia akan gembira dengan puasanya ketika bertemu Allah. Bau mulut orang puasa lebih wangi dari kasturi di sisi Allah. Bau mulut itu bukan dari mulut tapi bau dari perut. Sistem penghadaman terus buat kerja walaupun kita berpuasa. Proses ini yang menyebabkan keluar bau. Rasulullah tahu berkenaan perkara ini. Jangan rasa rendah diri. Apa hukum bersugi. Ada kata makruh kerana menghilangkan bau. Manakala Imam Shafie dan Imam Nawawi kata tak makruh sebab ada hadis lain lebih spesifik di mana Rasulullah bersabda kalau tak menyusahkan umat ku, aku akan suruh umat ku bersugi setiap kali nak solat samada puasa atau tidak. Punca bau bukan dari mulut tapi dari perut.
Hadis seterusnya ialah di mana puasa itu perisai. Apa maksudnya? Perisai dari kita melakukan dosa dan maksiat. Benteng dari syaitan. Saya tak nak cakap sebab saya sedang berpuasa. Benteng dari melakukan dosa dan maksiat. Kalau dalam Ramadhan masih buat jahat maki hamun maka ketahui lah itu jahat kita sendiri, syaitan dah kena penjara.
Akhir sekali, apabila salah seorang dari kalian sedang berpuasa jangan lah kamu cakap cakap kotor termasuk maki hamun walaupun bergurau suami isteri. Sebagaimana dalam ihram, jaga mulut ketika sedang berpuasa. Tujuan sebulan untuk latih supaya 11 bulan seterusnya kita jaga mulut. Masa ihram tak buat, lepas tahlul tak buat. Itu tanda haji mabrur.
Jangan bertelagah. Kalau orang ajak bergaduh, jawab sesungguhnya aku sedang berpuasa. Ustaz kongsikan di mana Tokku Pasir Gudang menyelamatkan haji ramai orang tahun 2022. Jemaah Malaysia ada 40 orang. Baki beratus orang adalah Indonesia. Kita bawa PA sistem lengkap nak solat dan kutbah. Tokku akan lead imam solat. Ketika itu, mula nak bergaduh kerana ada yang nak rampas mic. Tokku suruh bagi kat group Indonesia kerana mereka ramai. Akhirnya mereka merasa malu. Akhirnya setuju Tokku imam solat dan geng Indonesia buat kutbah. Menyelamatkan ramai orang dalam ihram, suasana jadi tenang dan tak jadi bergaduh dengan sikap bertolak ansur tersebut.
Hadis seterusnya oleh Imam Bukhari dan Muslim. Bersahur lah kerana pada sahur ada barakah. Ramai lelaki puasa tapi tak bersahur. Rasulullah suruh bersahur. Bukan sebab ok ke tak ok kalau tak sahur. Suami akan kejutkan isteri untuk panaskan lauk. Tak selera. Makan lah buah kurma atau seteguk air. Makanan barakah, bangun itu barakah. Kejutkan walaupun anak kecil tak puasa supaya dapat tempias barakah. Bangun sahur ambil wudhu dan solat. Waktu mustajab doa.
Hadis seterusnya manusia berada dalam keadaan baik selagi mempercepatkan berbuka puasa. Masuk waktu Maghrib jangan berdoa panjang. Doa sikit sikit. Terus berbuka.
Hadis seterusnya sesiapa tidak meninggalkan ucapan bohong, Allah tidak berhajat pada seseorang akan perbuatannya meninggalkan makan minum. Banyak bohong sehingga lupa apa yang dia cakap. Biasa bercakap bohong dan tidak bertaggungjawab akan apa yang dia cakap. Dengan isteri yang rapat pun boleh bohong. Apalagi dengan orang lain.
Hadis seterusnya sabda Rasulullah bila kamu terlupa sedang berpuasa lalu makan dan minum maka sempurnakan puasanya dengan teruskan berpuasa. Kalau ingat, terus kena berhenti. Tapi kalau dah ingat pun masih terus, maka batal puasanya. Allah yang bagi kita makan saat terlupa. Itu nikmat. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Sejak berada di London, saya sangat rindukan masakan Malaysia terutama pantai timur. Tapi susah nak mencari ikan yang sesuai kerana ianya dijual di tempat tertentu yang tidak sesuai dengan waktu kami. Ada pasar yang beroperasi sebelah pagi, mungkin pukul 2-3 pagi. Kalau tidak punya kereta, memang susahlah sikit. Lagi pulak, rushing lepas tu nak ke pejabat. Dan hari minggu, ianya tutup.
Saya kalau memasak ayam dan daging, memang dah tak berselera sangat. Saya masak untuk Nana dan Alain jer. Saya sendiri kadang dah makan telur dadar jer. Memang dah tak boleh nak jamah dah lauk macam ni. Tekak rasa nak makan masakan kampung dengan petai, jering dsb.
Akhirnya Alain dapat beli 1 ekor ikan tongkol di East Street Market yang beratnya hampir 2 kilo dengan harga £13.00. Memang ikan belah kita agak mahal di sini kerana mereka import dari negara jauh macam Vietnam.
Bila dah dapat ikan ni, memang bermacam idea nak memasak tapi yang pasti, masakan Kelantan dulu. Jadi hari ini, saya memasak gulai nasi berlauk stail Kelantan. Gulai ini biasanya dimakan dengan nasi putih dan sambal Kelantan sebagai nasi berlauk.
Hari ini kami makan nasi ala nasi berlauk dan siap menambah nambah lagi. Nana pun menambah nambah mungkin sebab dah lama tak makan nasi berlaukkan ikan. Alhamdulillah.
Ikan rebus memang serasi dengan tekak saya sebagai anak Kelantan. Semua gulai mesti direbus dulu, nak goreng makan dengan pulut pagi pun, mesti direbus dulu. Pendek kata kalau ikan tongkol, wajib rebus dulu.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 keping ikan tongkol
4 keping asam keping
Garam
Sedikit gula Melaka
Bahan kisar:
½ biji bawang besar
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
½ sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar ketumbar biji - opsyenal
Bahan lain:
2-3 biji telur rebus - opsyenal
Timun
Lada hijau solok
Santan
Garam
Sedikit gula/perasa
1 keping asam keping
Cara cara:
Rebus ikan tongkol dengan asam keping, garam dan gula Melaka dengan air separas ikan. Rebus sehingga air tinggal separuh dari ikan. Nota: lebih sedap, jika dimasak keesokan hari nya.
Masak santan sehingga mendidih dengan selalu dikacau. Setelah itu, tuang bahan kisar dan masak lagi atas api sederhana sehingga kuah mendidih dan sebati.
Masukkan asam keping, garam dan perasa secukupnya. Kacau sehingga mendidih.
Akhir sekali, masukkan ikan rebus dan timun serta cili hidup. Renih sehingga sebati. Boleh tutup api.
Nota:
Sedap dimakan dengan nasi putih dan sambal jantan kelantan atau dihidangkan dengan nasi dagang Kelantan.
Jika suka, boleh masukkan 1-2 biji telur rebus (kupas kulit).






Catat Ulasan for "Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan Dan Bab Ramadhan"
Add your comment