Ayam Masak Sos Dan Bab Umrah
Assalamualaikum semua. Semoga sihat walafiat hendaknya. Insya Allah pagi ini kami akan berangkat untuk mengerjakan umrah bersama famili dari London. Pengalaman umrah yang berbeza kerana pertama, saya akan mengerjakan umrah bersama anak menantu dan cucu cucu yang masih kecil.
Kedua, kerana saya bertolak dari London dan menggunakan khidmat agensi dari sini. Cara pengurusan mereka berbeza dengan Malaysia kerana negara kita negara Islam yang menpunyai syarikat pengurusan Haji dan Umrah yang terbaik di dunia.
Secara jujur, memang saya menjadi sangat berdebar debar kali ini kerana pengalaman berbeza. Bertolak juga dari negara berbeza dan miqat di tempat berbeza. Saya di saat akhir masih merujuk kepada sahabat saya Dr Sabariah dan juga Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan tatacara umrah bersama kanak kanak. Insya Allah jika ada peluang, saya akan kongsikan pengalaman ini di masa akan datang.
Pagi pagi kami selepas mandi sunat ihram, solat sunat ihram, terus bersiap siap mengemas barang barang untuk dibawa. Kami turun sarapan seketika dan kemudian bersiap untuk keluar. Doakan agar semua urusan kami dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. OK setakat ini dahulu, sehingga kita bertemu lagi di masa akan datang. Insya Allah. Aamiin.
Saya menyediakan lauk ini minggu sebelum kami berangkat mengerjakan umrah. Saya memang dah kekeringan idea nak memasak lauk apa kerana saya memang tak lalu makan lauk ayam.
Sebenarnya lauk ini sama seperti lauk masak kicap, cuma dimasukkan sekali sos cili, sos tomato dan sos tiram. Beza dengan masak kicap ialah kerana lauk ini menggunakan banyak sos sos menjadikan kuahnya sedikit pekat.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....
Ayam Masak Sos
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 ketul ayam
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk pati ayam
Bahan hiris:
½ biji bawang Holland
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan lain:
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis
Cara cara:
Lumur ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk pati ayam. Panaskan minyak dan goreng. Keluarkan sedikit minyak berlebihan.
Masukkan bahan hiris dan kacau rata sehingga layu.
Akhir sekali, tuang bahan sos dan sedikit air. Kacau rata dan sedia untuk diangkat.





Catat Ulasan for "Ayam Masak Sos Dan Bab Umrah "
Add your comment