Asam Pedas Ayam dan Bab Que Haidar
Semenjak kebelakangan ini, saya pula menjadi obsess dengan kisah Fazura dan Que Haidar. Video untuk resipi ini saya pilih lagu Joget Cinta Sakti yang saya lihat di video Que Haidar menari.
Aduhai dah teringat zaman muda muda pulak. Saya memang seorang yang sangat sentimental dan jiwang jiwang. Dari sekolah rendah, dah minat dengan artis artis masa tu. Saya ingat dulu pergi menonton filem KL Menjerit lakonan Que Haidar dengan suami. Geram dan tak puashati dengan pengakhiran cerita tersebut.
Saya bukan peminat Que Haidar pun. Bila Que Haidar buat comeback dan join sebagai Duta Jakel, pun saya pandang sekali lalu jer. Tak ada apa apa pun untuk saya menoleh kedua kali.
Selepas dia baru mula rapat dengan Fazura pun saya rasa dia ni biasa jer. Tak sesuai kot dengan Fazura. Lagi lagi waktu awal penampilan, suka pakai baju tak berbutang dan mendedahkan dada. Tapi selepas lama, dengar dia LIVE dengan Fazura baru terasa waah menarik juga personaliti dia ni. Sangat gentleman dan berprinsip. Nampak sesuai lah pulak mereka.
Yang penting ialah penampilan beliau yang nampak lebih handsome, lebih muda dan vibrant. Dengan badan yang lebih slim. Sangat berbeza dengan beliau yang semasa menghilangkan diri dari industri. Nampak tua. Saya dah tak pasal pasal pulak jadi terikut kisah artis ni. Hahaha.
Tiba tiba teringat suami saya masa kami di universiti dulu, handsome giler. Kurus tinggi dan hidung mancung sehingga saya memang jatuh cinta yang teruk. Rambut pun macam Que Haidar masa muda. Sehingga saya pernah berkata, kalau bukan dia, saya tak nak kawin.
Sebenarnya sebagai wanita, apa sahaja yang mengembirakan Fazura, saya akan gembira untuk dia. Saya seorang wanita yang sangat memahami perasaan seorang wanita. Saya tak nak ulas apa apa, tak pasal kan kena kecam. Cuma saya percaya takdir dan aturan Allah adalah yang terbaik. Semoga segala yang terbaik buat mereka dan kita semua. Aamiin.
Saya tak ada idea apa nak masak lauk ayam ni. Jemu juga asyik masak kari, masak lemak, masak kicap dan masak merah. Tiba tiba dapat idea untuk masak asam pedas.
Asam pedas ayam ni sedap juga dimakan dengan dicicah roti. Sedap sangat. Teringat dulu, makan dengan kawan kawan di pejabat suami selepas meeting. Seperiuk besar sekejap jer habis. Itulah kali pertama saya merasa makan asam pedas ayam.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..
Asam Pedas Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
½ ekor ayam - dipotong kecil
1 batang serai - ketuk
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan
Air asam jawa secukupnya
3 cawan air
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
2-3 sudu besar cili kering kisar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan - opsyenal
Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
Masukkan air secukupnya. Masukkan kiub pati ayam, garam dan pes asam jawa. Masak sehingga mendidih dan ayam empuk. Boleh tutup api.





Catat Ulasan for "Asam Pedas Ayam dan Bab Que Haidar"
Add your comment