Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Telur Mata Dan Rindu Malaysia

 


Bila berada dalam keadaan tak sihat dengan masalah tiada selera makan, menjadi masalah besar. Semua benda makanan yang dijual di sini yang boleh dimakan rasa tak sedap. Usahkan yang dibeli, yang dimasak sendiri pun hilang selera juga. Yang terbayang sekarang ialah nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang. 

Pada pandangan peribadi saya, sangat beruntung kita berada di Malaysia. Penuh keindahan dan kepelbagaian makanan. Duit pun tak mahal. Boleh digunakan untuk bersedekah dengan hanya mengeluarkan jumlah yang sedikit sahaja. Dengan RM8.00 boleh makan pagi kenyang sampai ke petang. 

Setiap hari Juita dan Nelly membawa balik makanan dan buah buahan yang diberi oleh kawan kawan pejabat. Tak perlu belanja yang mahal pun untuk memberi orang makan. Apa yang best nyer tinggal di London kalau hidup macam B40 di Malaysia. Nak beli apa pun, kena tengok baki duit. Itu dengan gaji yang cukup lumayan kerana anak saya mendapat 2 gaji termasuk gaji dari Malaysia. 

Pada saya London hanya best untuk datang bercuti setahun sekali, bawa duit banyak banyak untuk shopping, jalan jalan dan makan makan. Hari hari masuk Selfridges pun apa yang best nyer kalau tak dapat beli satu handbag pun. Usahkan handbag, nak beli lipstick pun kena berkira kira. Akhirnya jalan jalan tanpa tujuan. Beli jer sekeping coklat Laderach dan balik. 

Semuanya membuat saya terfikir kenapa ada yang bekerja di sini sedang hidup di sini keras dan tak menyeronokkan. Lain kalau kita bekerja dengan organisasi macam Bank Negara Malaysia atau Petronas di London ni. 

Pada saya, baik lah balik kerana lagi lama di sini, lagi lambat untuk settle down di sana. Pengalaman kerja di sini pun tidak memberi kelebihan yang besar untuk mendapat gredgaji yang baik di sana. Yang penting adalah kompetensi kita. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya sebagai HR Manager selama 18 tahun di Bank Negara. 

Itu belum dikira lagi bab rumah. Rumah di sini semua kecil dan sempit. Macam rumah kos rendah di Malaysia kot. Buka nak bandingkan dengan rumah saya tapi bandingkan dengan rumah teres biasa di Malaysia yang rasa nya lebih selesa. 

Hmm memang saya dah tak sabar dan mengira hari untuk balik ke Malaysia. Tak sanggup melihat anak saya berbasikal ke tempat kerja. Rasa sayu hati melihatnya. Lagi lagi kalau hari hujan. 


Saya ternampak video seorang influencer bab makan makan. Dia makan 2 sudu besar nasi dan 7 biji telur mata yang telur kuning masih basah basah. Dimakan dengan sambal yang di promote. 

Walaupun dikata 2 sudu nasi tapi macam setengah periuk kecil nasi juga. Cuma bab 7 biji telur mata memang salute sebab saya suka jer tengok orang makan telur mata tapi bila makan sendiri, memang sebiji pun tak berapa nak habis. 

Dalam keadaan tak sihat dan tak berselera, tiba tiba rasa nak makan telur mata dengan sambal macam yang dia makan. Maka jadi lah sambal tumis telur mata. Tapi telur mata saya dah hampir masak sebab saya tak suka yang telur kuning meleleh lagi tu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Sambal Tumis Telur Mata 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3-4 sudu besar cili kering kisar
Garam
Adam keping
Gula
Bawang Holland
Minyak masak

Bahan kisar kering:
1 biji bawang besar - saiz besar
5-6 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng telur mata. Angkat dan ketepikan. 



Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga layu dan naik bau. Masukkan cili kering kisar. 

Masukkan sedikit garam untuk cepat sambal garing. 

Tumis atas api perlahan sehingga sambal benar benar masak dan terbit minyak. 

Masukkan asam keping dan air sedikit demi sedikit bagi memastikan sambal garing sempurna. 

Masukkan gula dan kacau rata sehingga sambal bertukar warna gelap. Masukkan bawang Holland dan kacau sehingga bawang layu. 



Boleh masukkan telur. Atau tuang sambal ke atas telur. 

Nota:
Sambal ini boleh digunakan untuk bermacam lauk seperti udang, sotong, ikan, ayam dll. Lauk tersebut dilumur garam kunyit dan goreng. 







Catat Ulasan for "Sambal Tumis Telur Mata Dan Rindu Malaysia"