Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Daging



Sejak balik semula ke London, seminggu yang lalu, saya mula tak sihat dengan demam dan selsema. Lagi lagi ada cucu yang bersekolah. Mereka lebih mudah terkena jangkitan di sekolah. Bila balik ke rumah, kita pula yang mendapat jangkitan. 

Bila dah usia macam ni, memang recovery menjadi semakin slow. Awal Oktober dulu, ada jer saya ambil suntikan untuk influenza. Di London ni, sistem kesihatan sangat berbeza dengan negara kita. Bukan mudah untuk ke klinik dan mendapatkan ubat atau antibiotik. Semuanya saya bawa dari Malaysia. 

Bila dah tak sihat, makan apa pun tak berselera. Memang kita hidup untuk diuji. Beruntung lah siapa yang menpunyai selera makan. Kerana bila tiada selera makan, letak apa pun rasa tak boleh nak telan walaupun perut rasa sangat kelaparan. 

Tengok jer orang tua yang sakit, mereka tak makan berhari hari sehingga badan menjadi lemah. Akhirnya menjadi asbab untuk mereka menjadi lebih nazak. Itu yang terjadi pada arwah Bonda saya sebelum sakit serious. Jom sedekahkan bacaan Al Fatihah untuk arwah Bonda saya. Sekarang kita masuk pula bab resipi mee hoon kegemaran saya buat masa ini. 


Mee hoon ini adalah masakan hari pertama selepas balik ke sini, saya menanya Nana apa yang nak masak untuk sarapan. Sekali Nana mencadangkan mee hoon goreng. Memang kena lah dengan apa yang saya suka kerana saya memang suka mee hoon goreng. 

Itu pun dapat bawa 2 pek sahaja kerana terlebih muatan. Nak masak masa di rumah hari tu, tak berkesempatan kerana di Malaysia, terlalu banyak makanan nak dimakan masa breakfast. Kalau sekadar 2 minggu, memang banyak lah yang tak dapat pergi. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Mee Hoon Goreng Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
175 gram mee hoon
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Daging/ayam atau yang disukai
Sayuran disukai
1 biji telur
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Minyak masak

Bahan kisar:
1 genggam bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 jemput cili kering

Cara cara:
Rendam mee hoon seketika sahaja dalam air biasa. Tos dan ketepikan. 

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. 

Masukkan daging kerana daging lambat empuk. Kacau rata. Masukkan air dan ulang proses terbit minyak beberapa kali (untuk lebih garing dan sedap) dan sehingga daging empuk. 

Masukkan sos cili, garam dan gula. Kacau rata. Jika kering, masukkan sedikit air. 

Masukkan sayur dan kacau rata. Masukkan telur. Kacau rata. 

Masukkan 1 cawan air (untuk lembutkan mee hoon) dan masak sehingga mendidih. 



Masukkan mee hoon dan kacau rata sehingga mee hoon lembut dan terbit minyak. 


Masukkan cili dan daun bawang. Kacau rata. 

Ketika dihidangkan, tabur bawang goreng. Selamat mencuba….


Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Daging"