Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Dengan Petai Dan Belimbing Buloh


Setelah lebih seminggu di sini, rasa seronok pula. Boleh makan macam macam. Samada beli melalui grab atau boleh masak sendiri. Memang seronok hidup di negara kita. 

Di rumah saya ni penuh dengan makanan. Buka peti jer, macam macam kuih muih ada. Kita hanya akan menghargai negara kita setelah kita berpeluang hidup di negara orang. Duduk dalam tempoh yang lama. 

Saya memang suka London. Kalau pergi lagi pun saya tak kisah, cuma pergi sebagai pelancung lah. Bila dah dok sana, baru terasa semua barang mahal. Tidak boleh tidak kena lah convert ikut duit kita. Sebab kita dapat income dalam MYR. Sekadar pergi pusing pusing Oxford Street pun buat apa. Buat lagi sedih bila tengok barang tapi tak dapat beli. Hahaha. Betul tak?

Hari tu makan dengan Juita, Faiq, Nana dan anak anak dia, sekali makan lebih RM800. Rasanya kalau di sini, paling banyak pun RM400-500. Itu pun boleh  order steak yang mahal mahal. 

Lagi satu makanan di sana, bukan semua kita boleh makan. Jadi asyik makan, makanan sama. Kebab dan makanan Turki sehingga saya rasa tak boleh nak makan lagi. 

Kalau lah saya tak beli lagi tiket balik ke  London, mahunya saya mengubah fikiran dan tinggal di sini lebih lama. Tapi tak mengapa lah. Di sana pun saya ada anak yang perlu dibantu kerana Nana bekerja. Dia balik kerja dah keletihan. Ok lah sekarang kita masuk pula bab resipi. 


Saya memasak masak lemak udang dengan baki petai dan belimbing puluh yang saya frozen dalam peti beku. Lauk ini untuk Aween balik makan tengahari nanti dan untuk kami berbuka puasa. Dah saya ada di rumah, dia akan whatsapp untuk masak nasi dan keluarkan lauk dari peti ais. 

Saya suka masak lauk macam ni kerana menyediakannya sangat mudah dan cepat. Kalau nak lagi cepat, guna pes masak lemak Azie Kitchen. Boleh order dengan klik di SINI

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Masak Lemak Udang Dengan Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 ekor udang
1 genggam belimbing buloh
1 batang serai - ketuk
1 kotak santan
Garam
1 sudu kecil kunyit basah kisar
Asam keping - tak letak
Minyak masak

Bahan kisar kasar:
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara;
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk kunyit dan garam. 



Jika suka, masukkan daun kunyit. Masukkan udang, petai dan belimbing buloh. Gaul rata. 

Masukkan santan dan asam keping. Nota: saya guna belimbing buloh. Jadi tak letak asam keping. Setelah mendidih, tutup api.



Selamat mencuba…


Catat Ulasan for "Masak Lemak Udang Dengan Petai Dan Belimbing Buloh"