Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuah Serawa Durian Dan Masih Ada Manusia Jujur

 


Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang membuatkan saya menpunyai pandangan berbeza pada sesuatu perkara. Saya pernah mengalami kehilangan barang yang berharga di Dubai International Airport. Kehilangan itu disedari setelah saya berada dalam kapalterbang untuk ke Kuala Lumpur selepas transit. 

Ikutkan hati saya nak jer berlari keluar kerana kapalterbang pun seperti lambat berlepas. Namun saya mengambil keputusan untuk menyerah pada Allah walaupun saya tahu waiting area sangat dekat jer untuk saya sampai ke sana. 

Perkara pertama yang saya lakukan ialah redha dan bertawassul. Ya Allah jika engkau menerima segala zikir dan wirid ke sepanjang penerbangan malam ini, temuikan lah semula barangan ku.  Sepanjang malam saya tidak dapat tidur dengan tenang walaupun tidak henti henti berzikir. 

Sebaik tiba di rumah, saya kemudian menghubungi ustaz ustaz untuk mendapat nasihat akan apa yang patut saya buat bila diuji begini. Ketika itu saya merasakan peluang untuk mendapatnya semula sangat tipis kerana saya merasakan siapa yang menemuinya pasti akan berfikir banyak kali untuk menyerahkan barang tersebut. 

Namun saya menanya Tokku Pasir Gudang, Dr Mat Esa Deraman, apakah salah jika saya merasa sedih dan masih berharap. Jawapan yang diberi ialah bersedih ialah fitrah manusia di mana Nabi Muhammad SAW juga bersedih dengan wafatnya isteri baginda Siti Khadijah dan bersedih bila ada yang menjamu makanan kesukaan isteri baginda. 

Namun saya berpegang bahawa apa sahaja yang terjadi, telah diatur dan ditakdirkan. Memang telah ditakdir pada hari ini saat inii, saya akan kehilangan barang di sana. Andai tidak ditemuikan lagi, maka ianya memang ditakdirkan untuk tidak akan ditemui. Tapi andainya takdir akan ditemui, pasti ada orang jujur akan menyerahkannya ke pejabat Lost Property. Saya berzikir dengan "qaddarallaahu mashaa a fa al". 

Jadi bila saya mendapatkan kembali barang saya yang hilang, saya merasakan masih ramai manusia yang jujur di dunia ini walaupun mereka bukan orang yang kaya. Pengajaran buat saya ialah tidak semua orang memandang harta dan kesenangan dunia. Lagi pulak, harta adalah sepaling kecil nilainya di sisi Allah jika tidak digunakan ke jalan Allah. Saya sangat berterima kasih kerana saya merasakan dia seorang yang sangat baik dan semoga Allah memberikannya ganjaran pahala yang besar dan mempermudahkan segala urusan hidup beliau. Aamiin. 



Saya menyediakan kuah serawa durian ni masa balik ke Malaysia selama 2 minggu pada tahun 2025 sehingga pertengahan tahun 2026. Memang dah lama tak buat, rasa sedap lah sangat. Lagi pulak kena isi durian yang elok dan guna pulak santan segar. Kalau nak makan sendiri, saya memang akan buat pekat pekat sikit. Barulah ada beza dengan kuah pengat durian. 


Untuk membuat kuah serawa durian yang sedap, kena pastikan isi durian yang digunakan sedap. Kalau guna durian musang king ke, memang lagi sedap. Kalau guna santan segar, kuah akan nampak sedikit berkilat dan menarik.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….



Kuah Serawa Durian
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
800 gram durian
250 gram santan segar
2 mangkuk air
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api sederhana sehingga pekat yang disukai. 

Nota: 
Boleh adjust kepekatan dengan menambah air panas dan kemanisan dengan menambah gula. Gula bergantung kepada kemanisan isi durian. 

Setelah kelihatan berkilat, boleh tutup api. Nota: jangan sampai terbit minyak. 



Hidangkan dengan pulut, roti jala atau roti putih. Selamat mencuba… 




Catat Ulasan for "Kuah Serawa Durian Dan Masih Ada Manusia Jujur"