Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Panjang Goreng Ikan Bilis dan Telur

 


Saat berada pada titik terendah dalam hidup, saya merasa diri sangat kecil dan hina, tidak punya apa apa selain Allah. Kebergantungan takdir hanya pada Allah semata mata. Saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang kerana semua yang terjadi di masa lalu, masa kini dan masa akan datang semuanya telah tertulis di luh mahfuz lagi. Semuanya. Hanya kita yang tidak mengetahuinya.  

Namun sebagai makhluk kita kena menyakini bahawa setiap makhluk telah dijamin rezeki masing masing. Jadi kita jangan bimbangkan suatu yang telah ditetapkan. Allah menjamin rezeki setiap makhluknya umpama burung keluar pagi dengan perut kosong dan petang dengan perut kenyang. Walaupun telah dijamin, tidak bermakna burung perlu berada di sarangnya dari pagi sampai petang. Burung tetap perlu keluar dari sarang mencari rezekinya. 

Andai kita tak perlu bimbangkan rezeki, apakah yang perlu kita bimbangkan? Pastinya bekalan kita untuk akhirat, untuk kehidupan selepas mati. Apakah cukup bekalan yang dibawa. Apakah cukup amalan yang dibuat, apakah cukup ketaatan kita pada perintah Allah. Atau apa kah kita masih terpesona dengan tipu daya dunia. 

Kadang kita kena bersyukur kerana ujian yang menimpa kita adalah untuk kita menginsafi diri kita supaya tidak lagi tertipu dengan dunia yang penuh tipu tipu. Ini yang dikatakan bagi orang mukmin, di saat diuji mereka sabar dan redha dan disaat diberi nikmat, mereka akan bersyukur. Semuanya baik buat seorang mukmin. 


Hari pertama semasa balik ke rumah, baru baru ini anak anak mengajak saya keluar makan malam di sebuah restoran di Kota Damansara. Saya pernah jer ke restoran itu tapi tak pernah makan nasi berlauk. Biasanya makan makanan panas sahaja. Rupanya sedap sedap lauk kampung mereka yang berasaskan masakan Nogori. 

Saya yang masih keletihan dan jet lag, jadi makan pun tak berapa berselera tapi saya rasalah sedapnya kacang panjang goreng telur mereka yang dimasukkan juga ikan bilis. Hubby dan anak anak pun berulang kali menyebut keenakannya. Jadi bila balik, saya cubalah memasak lauk tersebut. Tapi rasanya tak berapa menjadi seperti yang dimakan di sana. Sayurnya kelihatan basah dan berkuah sedikit. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Sotong Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan tumbuk kasar:

4 bawang merah 

3 ulas bawang putih 

Ikan bilis


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing. 


Masukkan telur dan kacau rata. 


Masukkan garam dan sos tiram. 


Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan cili merah. Kacau rata sehingga kacang separuh lembut, tutup api. 





Catat Ulasan for "Kacang Panjang Goreng Ikan Bilis dan Telur "