Cekodok Pisang Pertama Di London Tahun 2026
Ketika saya balik Malaysia penghujung tahun 2025 dan kami ke rumah sahabat kami Dato Ibrahim dan Datin Nik Junainah di Melaka. Seperti biasa, setiap kali ke sana, Datin Nik akan sediakan juga pisang berangan kampung sebagai buah pencuci mulut. Kami juga dibekalkan dengan sesikat pisang berangan. Pisang berangan kampung ini lebih sedap dari pisang berangan biasa.
Memang betapa seronoknya tinggal di Malaysia dengan pelbagai jenis makanan. Pelbagai jenis makanan laut segar, pelbagai jenis sayuran, pelbagai jenis buah buahan. Kebetulan baru ni musim durian, rambutan dan manggis. Rambutan pulak berbagai spesis, durian juga pelbagai spesis. Bila ada pelbagai buah buahan, maka pelbagai kuih muih juga boleh dibuat dengannya. Masya Allah Heaven sangat. Betul lah kata orang untuk bersyukur apa yang kita ada, kita kena tengok kehidupan di tempat lain.
Tapi kalau di sini, saya jumpa 2 jenis pisang jer. Satu untuk cooking dan satu lagi ala ala pisang montel. Itu lah pisang yang saya jumpa. Pisang ni pun kena simpan bagi benar benar masak baru sedap untuk dibuat cekodok.
Aliya memang suka sangat makan cekodok. Dia dapat habiskan 5 ketul juga semalam. Sejak saya balik ke sini, dia memang manja sangat dengan saya. Asyik nak menempel. 2 malam pertama dia tidur dengan saya. Bila berada di ruang tamu pun, akan suruh saya duduk di sebelahnya. Nak makan pun, nak saya duduk sebelahnya.
Ada pelbagai cara orang menyediakan cekodok pisang. Jika saya dari kecil dulu selalu tengok keluarga saya hanya guna tepung gandum. Ada juga orang yang menggunakan tepung beras semata.
Tapi di zaman socia media ni, kita belajar dari orang lain untuk kepelbagaian. Jadi saya gabungkan tepung gandum dan tepung beras. Bahan lain tu macam biasa lah garam dan gula, jika pisang tak cukup manis. Kadang kadang saya menggunakan tepung naik sendiri kerana ketiadaan tepung gandum tapi saya tak suka memasukkan baking powder kerana tak suka cekodok pisang yang tekstur macam kek pisang pula.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....
Cekodok Pisang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4-5 biji pisang - 2 cawan pisang lenyek
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Cara cara:
Satukan semua bahan dengan pisang yang dilenyek. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kerana saiz pisang berbeza.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan di semua permukaan. Angkat dan tos.
Selamat mencuba….






Catat Ulasan for "Cekodok Pisang Pertama Di London Tahun 2026 "
Add your comment