Perkampungan Heritage UNESCO Cumalikizik Day 5-1
Alhamdulillah, kita bersua lagi. Sebelum ini saya kongsikan aktiviti kami seharian di Bursa. Di Bursa, kami hanya menginap satu malam sahaja. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Sebelum bertolak ke Istanbul, Mikail mencadangkan untuk membawa kami singgah di sebuah perkampungan yang dimasukkan sebagai salah satu tempat heritage dalam senarai UNESCO. Tempat ini adalah tempat kelahiran empayar Ottoman. Kami setuju sahaja kerana dia lebih tahu jadual dan masa perjalanan untuk ke satu satu destinasi. Lagi pun ianya dalam 10 km sahaja dari bandar Bursa.
Berjalan menyusuri lorong yang curam dan licin ini perlukan kita berjalan perlahan lahan dan berhati hati. Kalau tak tergelincir dan jatuh, kaki boleh terseliuh. Lagi lagi kaki saya pernah menjalani operation kerana ligamen terputus.
Hari hujan menjadikan permukaan batu di jalan agak licin. Itu tak apa lagi tapi yang buatkan saya stress ialah anjing. Anjing jinak akan datang mendekati kita. Dah lah lorong kecil, nak mengelakkan pun susah. Sumpahlah stress. Anjing sini memang jinak sebab bila mereka mendekati, orang akan menggosok gosok mereka. Aduhaai..
Rumah rumah di sini unik dengan rekaan binaan empayar Ottoman. Ada banyak kedai dan stall yang menjual pelbagai barang cenderahati di sepanjang lorong sempit ini.
Kami naik ke bahagian yang paling tinggi tapi tak naik lebih atas lagi yang dikatakan ada bangunan atau museum. Kami terserempak dengan seorang student Indonesia yang belajar di sini. Setelah mendengar apa yang diberitahu beliau, kami buat keputusan untuk tak naik lagi. Lagi pun, saya dah tak larat dengan mendaki dan tak tahan dengan anjing yang banyak.
Kami kemudian perlahan lahan berjalan turun. Menuruni jalan yang licin lagi perlu berhati hati.
Dari sini, kami bertolak balik ke Istanbul. Kami singgah di beberapa kedai yang menjual Turkish Delight untuk saya membeli Kerastane Sekeri yang saya tak beli masa di Grand Bazar Bursa. Harga di sini semuanya mahal. Tapi sebab saya nak mengirim pada besan besan saya belilah juga.
Kami kemudian naik feri menyeberangi Laut Marmara dari Bursa ke Istanbul. Laut Marmara ini yang memisahkan antara Turki Asia dan Turki Eropah. Best naik feri ni kerana pemandangan cantik sepanjang perjalanan. Saya pulak jenis yang suka dengan elemen air seperti lautan, sungai, tasik dsb.
Sebaik feri bergerak, tiba tiba banyak burung yang berterbangan. Kami seronok melihat burung dari jarak dekat ini. Kemudian kami naik ke bahagian dalam feri untuk makan mee segera Indomie.
Kami tiba di Istanbul pukul 8.30 malam dan terus check in airbnb yang sangat cantik dengan 2 bilik tidur, dapur dan ruang tamu. Cuma peliknya tak disediakan hanger walaupun ada 2 almari pakaian disediakan. Rasanya mereka baru beroperasi. Perabut pun semua baru. Bila Nana menanyakan tentang hanger, esoknya mereka terus hantar hanger untuk digunakan.
Kami kemudian berjalan kaki untuk makan malam di restoran berdekatan. Nasi putih di sini dah habis, jadi Hubby beli nasi putih di restoran sebelah. Sedap lah makan dengan telur ala ala makan nasi putih dengan telur dadar.
Makan di sini sedaplah juga cuma stress dengan anjing yang jinak jinak yang datang menghampiri meja meja mereka yang sedang makan. Mungkin dah terbiasa, bila datang dekat ada yang mengusap ngusap dan bagi makan. Lain kali tak nak lagi makan di ruang terbuka restoran seperti ini lagi.
Sehingga di sini dulu, nantikan sambungnya di entri akan datang. Salam sayang buat semua…

















Catat Ulasan for "Perkampungan Heritage UNESCO Cumalikizik Day 5-1"
Add your comment