Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang Apa apa kita buat semua kena matlamatnya adalah untuk taat perintah Allah. Kenapa kita berpuasa? Kalau semata mata kerana kita nak kurus, kurangkan gula dan lemak, maka kita tak dapat keuntungan yang banyak. Tapi kalau kita berpuasa kerana Allah, sebagai perhambaan dan tunduk pada Allah, bukan sebab nak kurus walaupun dengan puasa kita boleh kurus tapi ianya bukan keutamaan kita. Keutamaan kita untuk taat perintah Allah. 

Kenapa kita solat? Orang solat bagus untuk jantung saraf bergerak bagus terapi bagi penyakit strok. Kita tak melihat solat sebab kesihatan itu tapi kita melihat ianya sebagai taat perintah Allah. Kenapa kita kawin? Kerana dia lawa. Lepas kawin terus nampak tak lawa kerana kawin atas dasar nafsu kerana dia lawa. Lepas kawin nampak orang lain lagi lawa, nampak bini orang lain lagi lawa. 

Tapi kalau kita kawin kerana perintah Allah, kerana sunnatulah, maka kawin itu adalah menjadi satu ibadah. Bukan semata kerana nak anak dsb, sebab kalau tak dapat anak, maka akan kecewa. Berbuat baik pada isteri bukan kerana dia pada saya tapi kerana perintah Allah supaya berbuat baik pada isteri. Begitu juga sebaliknya. 

Bila kita niatkan kerana Allah, akan menghasilkan kenikmatan dan kebahagiaan. Kenapa kita kerja? Dari dok rumah jer, baik kerja. itu bukan keutamaan. Kita kerja kerana ibadah. Allah menyuruh hambaNya bekerja, bukan menganggur. Allah suka hambanya bekerja mencari rezeki halal untuk memberi makan isteri, anak anak yang masih kecil serta membantu ibubapa yang telah tua. Maka dia bekerja dan berada pada jalan Allah. 

Utamakan perintah Allah, kita hamba maka kita akan ikut. Bila Allah putuskan satu perkara, tidak boleh tidak patuh. Kita buat semua perintah Allah itu kerana ianya perintah Allah. Itu namanya khidmat pada Allah. Saya hamba Allah. Buang cita cita personal saya atas apa yang saya buat. 

Hamba Allah bila minta dengan orang, hatinya tak bergantung dengan orang tapi hatinya bergantung pada Allah. Dia minta dengan orang sebagai rahmat yang Allah bagi pada dia untuk menolong orang lain. Sifat orang yang dekat dengan Allah tak akan minta untuk dirinya tapi minta untuk orang lain, boleh. Bukan bergantung pada orang tu, tapi hati saya bergantung pada Allah. Saya tak akan putus asa dengan rahmat Allah. Kalau orang tu tolong ok, kalau dia tak tolong, pasti Allah hantar orang yang sesuai untuk tolong saya.

Kita tak kawin kerana tak ada jodoh, yakin pasti Allah hantar jodoh saya. Saya tak paksa awak untuk kawin dengan saya. Saya bergantung pada Allah dan Allah akan hantar orang lain yang lebih baik pada saya.

Mereka sentiasa tenang tiada syahwat untuk diri mereka. Syahwat adalah satu ujian besar untuk kita. Banyak diuji dengan syahwat. Neraka dihiasi dengan syahwat. Syurga dihiasi dengan benda yang kita tak suka. Berlawanan untuk kita masuk syurga. Untuk masuk neraka tak berlawan arus. 

Kisah Bani Israel di mana Allah larang mereka berburu pada hari Sabtu disebab kan kata kata mereka bila mereka berkata Allah mencipta dunia 6 masa dan Allah berehat hari Sabtu. ketika Allah memberikan pilihan untuk mereka memilih hari Jumaat tapi mereka tetap memilih hari sabtu kerana rasa pilihan mereka lebih baik. Maka Allah azabkan mereka dengan mengharamkan mereka bekerja pada hari Sabtu. Ada satu negeri pesisir pantai ada 70 ribu manusia. Allah uji dengan hari sabtu, ikan memenuhi laut sehingga tak nampak laut. Hari Ahad pula, tak ada ikan. 

Lalu mereka rasa Allah uji mereka dengan syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah. Akhir nya salah seorang mula fikir macam mana nak ambil ikan banyak. Iblis kata Allah larang tangkap ikan hari sabtu. Tapi kamu boleh buat kolam dan alihkan ikan, tutup jer hari Ahad baru tangkap ikan dalam kolam. Mereka buat aliran untuk ikan masuk ke dalam kolam. 

Ada juga lelaki yang tangkap ikan pada hari sabtu, tangkap dan ambil tali dan ikat ekor ikan. Kemudian dilepaskan balik ikan itu. Maksudnya tak tangkap sepenuhnya. Ikan tak boleh pergi jauh kerana terlekat dengan tali. Hari Ahad baru tangkap ikan dan bakar. Jiran jiran terbau ikan bakar. Maka sebahagian berkata habislah kamu, kamu akan diazab oleh Allah. 

Bani Israel kemudian berpecah menjadi 3 golongan di mana satu golongan laksana sungguh sungguh perintah Allah dengan memisahkan diri mereka dengan membina tembok supaya kami tak kena bala.

Satu golongan lagi marah juga tapi buat tak peduli, biar dia, manakala satu golongan lagi sentiasa ingatkan supaya jangan langgar perintah Allah. Satu golongan mengasingkan diri mereka sekitar 12 ribu orang. Yang baki lagi lawan perinth Allah. Bila langgar kali pertama, tak ada pun azab. Hari Sabtu berikutnya ikat lagi 2 ekor dan hari Ahad, bakar lagi 2 ekor. Lalu orang kata tak ada pun turun azab. Ramai tengok dan akhirnya mereka mula ramai ramai buat kaedah sama dan alir kolam dan hari Ahad baru ditangkap.

Kelompok yang mengengkari mereka berkata kenapa tak datang sembang sembang, akhirnya mereka menjenguk tembok yang mereka bina dan melihat semua menjadi monyet dan babi. Yang tua jadi babi, yang muda jadi monyet. Lalu monyet monyet ini masuk menemui mereka dalam keadaan menangis dan mencium baju mereka lalu orang pernah beri amaran berkata, bukan kah kami pernah larang kamu dahulu jangan langgar perintah Allah. Monyet mengangguk lemah. Sehingga Allah binasakan semua. Mereka ini bukan keturunan monyet hari ini. Mereka dibinasakan semua, mereka cuma hidup selama 3 hari sahaja. 

Ini sebagai bukti Allah uji dengan syahwat zina, wang haram, tinggal perintah Allah. Kita kena sentiasa lawan dengan syahwat dan sentiasa mujahadah melawan nafsu. Jika berjaya kita kena dapat pengkabulan dari Allah. Jika kita jadikan dia taat pada Allah, rezeki akan datang dengan mudah. Jika derhaka ikut nafsu maka diputus sekali asbab rezeki datang pada kita. Macam musibah melanda kita dunia dan akhirat. Orang ikut syahwat dia fikir akan jadi senang di dunia tapi sebenarnya dia akan binasa di dunia. Kebinasaan akhirat juga satu yang pasti, kebinasaan dunia juga seperti mereka minum arak, akan rasa seronok, tapi mereka tak sedar arak akan rosak kesihatan. Macam zina, di dunia akan dapat macam macam penyakit, perbalahan dan berbunuhan. Ada yang mendapat penyakit kelamin, ada yang lahirnya anak haram. 

Bila bercakap tentang ketaatan pada Allah, sumber rezeki sebenarnya ialah kebaikan dunia dan akhirat. Jika kita dapat nikmat, ikat betul betul nikmat tadi dengan syukur pada Allah macam kita dapat tangkap burung terbang, kita potong sayap dengan syukur supaya tak terbang dan terlepas. Kata kan semua nikmat datang dari Allah bukan dari kita, nikmat kongsilah, rendahkan diri kita dan perhatikan siapa memerlukannya. 

Alhamdulillah kita dapat nikmat kuasa, siapa yang perlu dibantu, dapat nikmat harta, perhatikan siapa harta, siapa miskin perlu bantuan. Siapa yang kita boleh kongsikan. Orang mati sebenar, ialah mereka yang tak ingat Allah. Nilai manafaat kita bila kita ingat Allah. 

Jangan kamu jadi orang lupakan Allah. Kamu akan mudaratkan diri kamu maka Allah lupakan kamu dengan nikmat dan kasih sayangnya. Siapa langgar jer perintah Allah, akan mati jiwa rohani dan sebagainya. Allah menghidup. Lagi banyak ingat Allah lagi banyak kebaikannya. ingat Allah sehingga kita mati dan menemuiNya. Sehingga di sini dahulu, semoga bermanafaat.


Saya menyediakan nasi goreng terpaling simple dan cepat pagi ini.Bila tak guna cili kering kisar, masak nasi jadi lebih cepat. Bawang pula dihiris jer lagi cepat garing. Jadi ini versi terpaling simple lah. Tapi apa pun sedap lah. Lagi lagi di musim winter bila perut asyik lapar jer.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Nasi Goreng Simple
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
1-2 biji telur
Garam
Serbuk lada putih
Sayuran

Bahan hiris:
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak sama tumis bahan hiris sehingga kekuningan, masukkan telur dan kacau rata.

Masukkan batang sayuran dan kacau rata.

Masukkan nasi putih, garam dan sebuk lada sulah. Kacau rata.

Masukkan daun sayuran dan kacau rata lagi.

Akhir sekali, tuang sedikit minyak bijan dan kacau rata. Besarkan api dan kacau sehingga nasi berasap dan melompat lompat.

Masa hidang, tabur ikan bilis goreng dan bawang goreng. 


Catat Ulasan for "Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet"