Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jalan Jalan Di Istanbul Lagi Day 6-2




Alhamdulillah kita bersua lagi. Selepas melawat dua masjid yang cantik di bandar Istanbul iaitu The Blue Mosque dan Masjid AyaSofya, kami berjalan untuk mencari makan tengahari. Boleh klik entri sebelum ini di SINI dan di SINI. Kami makan nasi campur di Restoran Rumeli. 


Di sini juga saya mencuba air minuman yoghurt bila saya melihat ramai orang membelinya. Nampak bekas minuman macam sedap pula. lagi lagi tengah dahaga. Di sini ada disediakan air teh panas secara percuma. Cuma saya teringin nak minum air sejuk. Hahaha tapi saya memang tak boleh masuk lah dengan air yoghurt ni. Memang tak kena dengan tekak saya. 

Selepas makan tengahari, kami singgah minum kopi di kedai bersebelahannya. Nana memang coffee lover yang setiap hari mesti nak pekena kopi. Seronok dia bila tahu ada kedai kopi di sebelah. Minum di tempat duduk terbuka yang sejuk sejuk ini, memang best lah. Lagi pula saya dapat lah merehatkan betis yang dah mula rasa tegang kerana banyak berjalan. 



Dari sini, kami berjalan untuk ke Grand Bazar sambil berhenti bergambar dengan cucu cucu. Lagi pun kami tak ada mengejar masa pun, sekadar nak window shop sahaja di Grand Bazar.

Sebaik sampai di Grand Bazar, baru tahu yang Grand Bazar tutup kerana hari ini adalah hari cuti umum di Turki. Masa berjalan keluar, ternampak gambar Tun Dr Mahathir.

Kami masuk ke beberapa kedai yang menjual jaket leather. Bila dah masuk kedai kedai yang menjual high end product macam jaket dari cashmere dan alpaca wool, memang tak pandang dah yang lain. Tapi harganya tak murah lah. Paling murah pun RM2500 iaitu USD450.


Masuk pula ke Prens Leather yang dibawa oleh seorang Turki yang berniaga di hadapan Grand Bazar. Dia bertanya kalau ada apa apa yang spesifik yang kami cari. Bila diberitahu leather jacket, dia pun ajak mengikut dia. 

Ingatkan nak bawa ke kedai yang murah murah tapi dibawa ke kedai yang mahal. Harga dalam UK1000 juga. Namun begitu, mereka menpunyai lifetime warranty. Boleh check dalam chat gbt jika kedai ini sangat terkenal dengan kualiti produk mereka yang telah 60 tahun dalam pasaran. 

Saya ada ambil gambar Nana pakai jaket mereka tapi hari tu, mereka menegur konon tak boleh ambil gambar. Boss mereka kemudian terus mengatakan ooh tak mengapa, staff ni baru bekerja hari ini. Kami tahu mereka sengaja memberi alasan demi menjaga hati kami. Jadi saya tak nak share gambar tersebut.


Oleh kerana Grand Bazar tutup, kami ada banyak masa untuk berjalan jalan. Dari sini, kami berjalan kaki untuk bertemu dengan Mikail. Semasa dalam perjalanan, saya mengajak makan Kunafa di Restoran Hafiz Mustafa. Dapat dilihat jalan sini ala ala Oxford Street di mana orang sangat ramai berjalan di kiri kanan jalan.




Di Restoran Hafiz Mustaffa ini, Nana order juga milk cake untuk meraikan harijadi Alain. Sedap sedap makanan di sini, boleh dikatakan semua yang kami cuba, semua sedap.



Kami berjalan untuk ke kereta untuk bertemu Mikail. kemudian dibawa ke Laleli Market untuk melihat leather jacket di situ. Kami juga minta kebenaran untuk solat di situ walaupun ada masjid berdekatan.  Ini adalah kerana kalau solat di masjid, akan menjadi lama kalau dengan budak budak kecil ni. 

Dia mencadangkan kami ke Laleli untuk melihat satu lagi kedai menjual jaket leather. Dekat jer dari tempat beliau menunggu kami.  kemudian dibawa ke Fatih Deris Fur untuk mencari jaket Alain dan kami solat di situ. Mereka menghidangkan teh dan diberikan kismis organik dari Uzbekhistan oleh Banoo  seorang pekerja di situ yang berasal dari sana.  

Kemudian Mikail membawa saya dah Hubby ke restoran untuk makan malam. Nana dan Alain serta anak anak balik ke tempat penginapan dan mereka berjalan kaki ke restoran. Kami makan di Restoran En Baba Kebap.

Saya order grilled sea bass kerana dah lama teringin nak makan ikan bakar. Tapi saiz ikannya kecil jer. Makan macam meratah dengan fries sahaja. Kalau ada nasi putih dan telur lagi sesuai. Hahaha.


Ammar kemudian pergi ke barber untuk potong rambut. Sementara menunggu Ammar siap gunting rambut, kami menunggu di restoran dok di bahagian luar, memang sejuk beku rasa jari jari. Di sini potong rambut baru uk8.00 berbanding dengan di London antara 20-30.00. 



Kami kemudian berjalan kaki balik ke tempat penginapan. Sejuk sungguh Istanbul di waktu malam. Siang hari walaupun matahari terang benderang tapi tetap sejuk dengan tiupan angin.

Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya. Salam sayang buat semua…


Catat Ulasan for "Jalan Jalan Di Istanbul Lagi Day 6-2"