Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Happy Birthday Mohd Faiq Zaini



Happy belated Birthday kepada menantu saya Mohd Faiq Zaini. Mereka tiba di London pada 13 Oktober 2025 kerana menpunyai tugas rasmi sebelum bercuti di UK dan Paris. Hari pertama, mereka bermalam di rumah kami sebelum check in hotel di Oxford Street. Sebelum check in hotel, kami mengajak mereka ke Westfield Stratford kerana kami menpunyai urusan di sana. 





Hari Ahad 15 Oktober, baru kami berkesempatan untuk makan makan sempena meraikan Hari Lahir Faiq. Kami ke Meat bros Steak House di Lancaster Gate untuk makan tengahari. 




Saya dan Faiq memilih steak, Juita order burger dan Nana order Asian style carbonara spaghetti seperti rasa buttermilk chicken.  Ammar pula order meatballs dan mashed potatoes.




Sejak di London, saya belum lagi dapat makan steak walaupun teringin sangat. Ini adalah kerana susah nak mencari restoran yang menyediakan steak yang halal. Malahan nak makan pizza yang terdapat daging seperti pizza daging wagyu pun sehingga sekarang belum bertemu lagi. 

Alhamdulillah kerana akhirnya diberikan rezeki untuk makan steak lagi. Teringat kata seorang ustaz di dalam videonya, rezeki didatangkan bukan kerana kita bekerja, atau tiada rezeki kerana kita tidak bekerja. Bukan begitu peraturannya. Tapi rezeki didatangkan Allah kepada hambaNya di jalan yang tidak disangka sangka. 

Walaupun saya tidak lagi bekerja kerana telah bersara, saya masih dapat bercuti dan masih dapat merasa makanan sedap di restoran mahal melalui anak anak dan kawan kawan. Kawan kawan dari Malaysia yang datang ke London seperti Datuk Khairi, Bro Suhaimi dan Datin Seri Rafidah telah belanja di restoran mahal di sini. Alhamdulillah. 

Berbalik kepada hari jadi Faiq, saya hanya mendoakan agar Faiq diberikan rezeki yang murah dan dipermudahkan segala urusan dia dunia dan akhirat. Juga harapan saya supaya beliau menjaga Juita dengan penuh kasih sayang sehingga selama lamanya. Percayalah dengan janji Allah, seorang suami yang menjaga isteri dengan baik akan dilimpahkan dengan rezeki dan segala kebaikan dalam hidupnya. Sedekah dan pemberian yang paling afdhal bagi seorang suami ialah pada isteri dan anak anaknya serta famili terdekat. 

Selepas makan di sini kami ke Restoran Feya di Marble Arch untuk dessert dan coffee pula. Memang sengaja kami tak order dessert di Meat bros kerana mereka tiada kek.



Di Feya kami order celebration platter set yang sangat sedap di mana pancake dihidangkan dengan buah buahan segar dan pelbagai dipping sauce seperti milk chocolate, white chocolate, caramel, pistachio, mapple syrup dan lain lain. Untuk birthday boy diletakkan sebatang lilin dan personalised message. Kami juga order tiramisu dan set scone dengan clotted cream. 




Selesai di sini kami berjalan balik ke Bond underground station dan singgah di TK Maxx di mana hotel Juita adalah di belakang TK Maxx sahaja. Sesampai di rumah, terus solat dan berehat. 

Sekali lagi, selamat hari jadi Faiq dan terima kasih Juita dan Nana kerana belanja kami makan hari ini. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan. Aamiin.





Catat Ulasan for "Happy Birthday Mohd Faiq Zaini"