Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Sweet Sour Simple Dan Bab Menerima Takdir




Saya ingin kongsi petikan video Tokku Pasir Gudang bab takdir. Siapa yang benar benar beriman pada Allah dan hari akhirat, maka berkata yang baik atau diam. Kata ulamak, maksudnya diam lah kamu dalam menerima takdir Allah. Dan berkata kata lah yang baik yang menambahkan iman kamu. 

Kita bawa kereta dan eksiden, kata ok lah. Ini takdir Allah. Maka kita menerimanya, kita diam. Atau kalau kita berkata, kita kata Innaalillaahi wainnaa ilaihiroojiuun. Ya Allah berilah pahala atas ujian ku ini dan gantikan lah ia dengan suatu yang lebih baik. 

Dia tak kata, awaklah salah. A ak lah yang salah. Akhirnya berlaku pertengkaran dan menjadikan hatinya tidak tenang. Kita melihat sesuatu yang berlaku dalam perjalanan hidup ini adalah takdir. Maka kalau benar kita melihatnya sebagai takdir Allah, maka diam mulut kita. Tenang hati kita menerimanya. 

Itu perkara pertama yang disebut oleh Sheikh Abdul Qadeer. Dan bila seseorang benar benar menerima takdir Allah, dia akan dekat dengan Allah. Kita bukan dekat dengan Allah kerana solat kita puasa kita haji kita. Tapi bila kita menerima takdir Allah itu yang mendekatkan kita. 

Ya benar seorang bila sedang solat ia menuju pendekatan pada Allah. Seorang yang sedang berpuasa menuju pendekatannya pada Allah. Namun ketika dia menolak takdir Allah, dia akan terpelanting ke belakang. Seperti solat puasa dan lain lain ibadah tidak memberi manafaat padanya. Tertolak kerana ia tidak menerima takdir Allah padanya. Maka itu yang kita bimbang. 

Maka bagi yang mencari jalan keselamatan, ketika mana dia tak suka pada takdir Allah, yang tidak menyebelahi hawa nafsunya dan dirinya, maka dia diam. Itu paling minimum untuk selamat. Kalau tak mampu untuk reda dengan sebenar, maka diam pada takdir Allah. Maka Allah akan merahmati dan kasihan belas pada orang yang diam berbanding dengan orang mulutnya terus cakap macam tak puashati dan tak habis habis lagi. 

Maka Allah tak suka pada sar sar yang cakap banyak seperti ini. Tak terima dan terus bercakap kenapa saya rugi business, kenapa lah kenapa lah. Dah 3 tahun cakap macam tu. Awak dah rugi business, terima jer dan belajar sesuatu. Allah telah takdirkan apa yang baik untuk awak. Ini dia dok sebut lagi sehingga semua orang yang dengar pun akan marah pada dia. 

Jangan kata Allah, orang yang dengar pun marah dan tak simpati dah dengan dia. Kalau kita cerita kat orang kali pertama, orang simpati orang sedih. Tapi cuba cerita kali kedua, orang mula diam tanpa respon. Kali ketiga, orang mula serabut mendengarnya kerana asyik benda ni jer. Cuba kali keempat, orang akan tinggalkan dia. Itulah bila kita cerita masalah kita pada orang berulang kali. 

Maka itu lah kita dengan Allah bila kita menyesali takdir. Setiap kali kita menyesali takdir apa yang Allah tentukan maka kita ke belakang dan ke belakang sehingga kita tak jumpa jalan keluar. Setakat ini semoga bermanafaat. 




Saya memang tiada idea nak memasak apa. Lagi lagi hari hari ayam dan daging. Di London ni, susah betul nak cari ikan. Apa lagi ikan macam kat tempat kita. Yang ada salmon dan mackerel jer. 

Bila Nana mencadangkan ayam sweet sour, saya tanpa fikir panjang terus mula memasak. Biasanya untuk sweet sour lebih sedap kalau kita menggunakan isi ayam yang dipotong kecil. Tapi sebab saya hanya ada bahagian thigh, jadi guna jer lah. 

Kalau ada isi ikan lagi sedap sebenarnya. Macam ikan dory yang biasa ada di majlis kawin tu. Apa apa pun masakan ni sangat simple. Cepat jer memasak dan siap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…



Ayam Sweet Sour Simple
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam
Serbuk kunyit
Gram
Serbuk pati ayam
Tepung jagung

Bahan hiris:
5 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
1 biji lada capsicum
1 buah tomato
Batang saderi - opsyenal 
Daun bawang - opsyenal

Bahan lain:
1 sudu besar cili kering kisar 
3-4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
Garam - jika perlu

Cara cara:
Satukan semua bahan ayam dan perap seketika. Panaskan minyak sehingga benar benar panas. Masukkan ayam dan perlahankan api. Goreng atas api sederhana sehingga ayam masak. Boleh kuatkan api di akhir untuk garingkan ayam. Angkat dan ketepikan.




Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan cili kisar sehingga garing. Masukkan bawang Holland, capsicum dan buah tomato. Kacau rata.

Masukkan semua bahan sos dan gula. Kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Masukkan batang saderi dan daun bawang. Kacau rata.


Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan kacau rata. Nota: boleh juga kuah dituang atas ayam goreng.



Selamat mencuba...

Nota:
Boleh guna isi ayam yang dipotong kecil.



Catat Ulasan for "Ayam Sweet Sour Simple Dan Bab Menerima Takdir"