Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Merah Dan Bab Orang Berdosa




Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Zoom Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan jika dosa mu menggapai langit. Kalau pun dosa mu sampai ke langit, dan memenuhi bumi, aku tidak peduli. wahai orang beriman, bertaubat lah kamu sehingga kamu menjadi orang yang berjaya. Ini adalah khabar gembira kepada orang yang melakukan dosa. Orang yang rasa terhina seolah tak ada peluang untuk pulang ke pangkal jalan, pasti akan diazab di api neraka. Allah berkata bertaubatlah. Pintu taubat terlalu luas cuma ditutup ketika saat sakaratul maut dan kedua, ketika matahari naik sebelah barat. 

Allah panjangkan umur kita juga adalah satu peluang. Peluang kita yang masih ada untuk melakukan suatu yang lebih baik. Orang yang melakukan kejahatan dan kemudian bertaubat dan sesudah itu beriman. Sejarah Nabi menunjukkan dakwah Nabi semuanya dengan pelaku dosa iaitu sembah berhala berzina perompakdsb. Semuanya insaf dan Rasulullah berkata Islam menghapus dosa lepas, taubat menghapus dosa lepas seolah tidak ada dosa. 

Kalau dosa kita sampai ke langit, apa kah kita akan berputus asa? Allah berfirman, wahai anak Adam, selagi engkau berdoa pada Ku dan mengharap pada Ku, kalau pun dosa kamu banyak, aku tak peduli kalau kamu melakukan 3 perkara ertinya mengharap dan berdoa. Tak boleh berdoa dalam putus asa. Rasanya Allah tak akan bagi ini. 

Dengan 3 perkara, kalau kamu sentiasa mengharap pada ku dan sentiasa berdoa. Seorang berdoa dalam keadaan mengharap dosa diampunkan akan dimustajab doa selagi ia tidak berputus asa. Kedua, beristighar dan akhir sekali, tidak mensyirikkan Allah. Allah ampun dosa kita walaupun sepenuh langit dan bumi. Doa adalah ibadah paling mulia. Siapa tidak berdoa pada Allah, maka Allah murka padanya. 

Malah Nabi mengatakan doa lah pada Allah dalam keadaan kamu yakin Allah akan memustajabkan doa kamu. Jangan lakukan dalam keadaan tergesa gesa dan berputus asa. Allah akan bagi salah satu dari antara tiga. Allah akan kabulkan doa kita atau Allah simpan di hari akhirat kelak atau dihindarkan keburukan yang setara dengan nya. 

Kalau kita tahu kita berdoa kita tak akan rugi apa apa. Macam kita melabur, sehari kita melabur sikit banyak cepat lambat, pasti akan dapat untung. Jadi kita tak akan tarik pelaburan kita. Sama juga dalam perkara ini. Jadi dalam kita berdoa, cepat atau lambat, Allah kabulkan doa kita. Allah dah kabulkan, setiap kali seorang angkat tangan Allah akan beri pahala, diberi salah satu dari 3. 

Oleh itu dosa banyak sampai penuh ke langit minta Allah ampun dengan cara berdoa. Ya Allah aku telah melakukan dosa sedangkan engkau menjanjikan pengkabulan mu. Orang yang tidak berdoa adalah orang yang rugi seperti kata Saidina Umar Al Kattab bahawa aku tidak takut doa aku tidak mustajab, yang aku bimbang ialah aku tidak diilhamkan untuk mengangkat tangan untuk berdoa.

Setiap kali kita angkat tangan pada Allah, tanda nya Allah nak bagi kita sesuatu. Kalau makhluk, kita angkat tangan dia cepat cepat lari takut kita nak minta sesuatu. Tapi Allah, bila kita angkat tangan, maka Allah suka. Angkat tangannya dah jadi satu ibadah. Tangan tak angkat dah dikira sombong. Tangan yang diangkat pada Allah atau dalam keadaan senang atau susah, Allah tak akan mensia siakannya. Allah tak kan menjadikan tangan jatuh tanpa diperkenankan sesuatu pun. Kerana Allah Maha Pemurah. 

Kalau dengan makhluk yang pemurah, kita hulur tangan pasti diberikan sesuatu. Apa lagi Allah yang Maha Pemurah. Angkat jer tangan. Antara waktu dan tempat paling baik untuk kita berdoa dan mengangkat tangan ialah selepas setiap kali solat fardhu dan di tengah malam. Setiap kali buat baik, kita bedoa.

Perkara kedua kita perlu buat walaupun dosa setinggi langit ialah dengan kita beristighfar, Allah akan ampunkan kita. Apa tah lagi, kalau kita menyebut sayyidul istighfar. Lafaz taubat paling agung, Nabi sendiri beristighfar 70-100 kali sehari. Selepas setiap kali solat, amalkan istighar. Lidah sentiasa lazimi istighfar. Allah jadikan setiap kesedihan kegembiraan, setiap kesempitan itu kelapangan dan Allah bagi rezeki tidak disangka sangka. Pada jalan yang kita tidak dapat bayangkan. 

Bila rasa lemah, bagaimana supaya emosi kita kembali stabli, maka ubatnya ialah istighfar. Sebut Astaghfirullaahal Adzhiim. Mood akan datang balik. Istighfar menyuci hati kita. Untunglah orang yang paling banyak catatannya dengan istighfar. Al Quran menunjukkan penyakit dan ubat. Penyakit adalah dosa, manakla ubatnya ialah istighar. Darah tinggi kencing manis bukan penyakit. Kesudahannya syurga atau neraka. Ubat sebenar pada penyakit sebenar ialah istighfar. 

Ketiga, jika dosa sampai ke langit pun, Allah akan ampunkan asalkan jangan menyekutukan Allah. Selagi hamba ku tidak menyekutukan aku, aku akan ampunkan dosa. Allah tidak ampun dosa orang sekutukannya. Ertinya bila dosa setinggi langit, selagi tidak sekutukan Allah maka Allah akan ampunkan dosanya selagi ada kalimah tauhid. Perkara dibimbangi oleh alim ulamak adalah bila dicabut iman. Apa menyedihkan kamu, aku bimbang dicabut iman tiada pengampunan. Rasululah mengajar doa supaya tidak dibolak balikkan hati dan ditetapkan hati atas agama mu. Supaya orang beriman tidak berputus asa dengan dosa dilakukan. Dosa yang tak patut kita lakukan. Tidak ada dosa yang menamatkan riwayat kita melainkan syirik pada Allah. Rahmat aku meliputi segalanya walaupun manusia tidak menerimanya malah Allah menyayanginya. 

Allah sayang pada orang bertaubat. orang yang memohon ampun. Allah akan tukar kejahatan jadi kebaikan. Ini amalan yang boleh mendekat pada Allah dengan jalan pintas. Jalan cepat yang tak jem, jalan alternatif dalam kehidupan kita ialah taubat. Amalan menyampaikan dengan cepat ialah bertaubat. 

Jangan pandang dosa banyak sehingga kita putus asa. Pandanglah rahmat Allah. Dosa kita seperti gunung ganang tinggi tapi keampunan Allah bagai lautan yang luas. Itu yang patut kita tahu. Perasaan takut perlu ada tapi sifat mengharap pun perlu ada. Bukan kata begitu untuk terus membuat dosa tapi untuk buka lembaran baru. Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun. 

Hadis menarik untuk kita faham berkenaan seorang hamba yang membuat dosa berulang ulang kali. Setiap kali melaukan dosa, dia akan memohon ampun kerana dia tahu dia ada Tuhan yang akan mengampunkan dosanya dan menghukumnya. Tapi diulang lagi melakukan dosa dan mohon ampun lagi. Dosa walaupun diulang ulang, Allah tetap tidak akan sia siakan.

Jika terlanjur buat satu dosa maka mohon ampun pada Allah, Allah gembira dengan taubat hambaNya yang beriman. Allah sangat gembira, jangan putus asa. jangan buat orang lain berputus asa selagi ada nyawa, selagi ada peluang. sebelum tidur selalu berdoa. Berdoa, istighfar dan jaga akidah kita kerana walaupun dosa kita setinggi langit memenuhi dunia tapi Allah akan ampunkan. 

Jangan putus asa dan ajak anak anak dan kawan kawan kita istighfar. Maka sama sama istighfar. Jangan rasa diri tak berdosa, jangan tak angkat tangan untuk berdoa. Ada zikir seperti doa seperti "Laa ilaa haillaa anta subhanaka inni kuntum minazzholimiin". Zikir istighfar juga adalah satu doa. Ada zikir tak bersifat doa kerana tiada permintaan melainkan untuk mengingati Allah seperti subhanallaah, Alhamdulilah, Allahu akbar. Semua doa adalah zikir tapi tak semua zikir adalah doa. Doa bersifat khusus. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 




Saya menyediakan lauk ini hari ketibaan suami saya di London. Saya menanya Nana apa nak dimasak, dia mencadangkan ayam masak merah. Kebetulan cucu cucu saya pun suka dengan ayam masak merah. AlLiya siap memanggil kuahnya sebagai sup. Alhamdulillah bila mereka suka, saya yang memasaknya pun lagi gembira.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Ayam Masak Merah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Serbuk kunyit

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan lain:
1 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar cili kering kisar
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk pati ayam
1-2 sudu besar gula

Cara cara:
Lumur ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk pati ayam. Perap seketika dan goreng sehingga masak. Nota: Jangan garing.

Menggunakan minyak sama, tumis bawang besar hiris sehingga layu.

Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga masak dan terbit minyak.

Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata. Masukkan ayam goreng.

Masukkan sedikit air ikut kuah yang disukai. Kacau rata.

Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam. Kacau rata.


Akhir sekali, masukkan bawang Holland dan daun bawang/daun sup.


Selamat mencuba…


Catat Ulasan for "Ayam Masak Merah Dan Bab Orang Berdosa "