Tube Sarong London 2025
Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menghadiri acara Tube Sarong London 2025 bersama sama warga Malaysia di United Kingdom pada 27 September 2025 di Battersea Power Station. Perjumpaan warga Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan baru baru ini, kami tak dapat join kerana telah menpunyai plan lain.
Kami tiba di King Square sejurus sebelum masa ditetapkan untuk bergerak. Alhamdulillah sempat berkumpul di sini dan sama sama melaungkan Malaysia Boleh sambil mengibar bendera Malaysia.
Nampak meriah sekali bila melihat ramai memakai pakaian kebangsaan dengan kain sarong samada diselempangkan di bahu atau dipakai mengikut kreativiti masing masing.
Kami bergerak beramai ramai ke platform untuk mengambil tube ke Kennington underground station.
Di Kennington Underground station, kami menunggu train untuk ke Battersea Power Station Underground station dan sementara menunggu, kita bergambar dulu sebagai kenang kenangan.
Kami turun di Battersea Power Station dan berkumpul sementara ketibaan yang lain lain. Di sini, tanpa disangka bertemu dengan sahabat baik saya Datin Liza Ariffin yang datang menziarah anaknya yang sedang belajar di London.
Kemudian berjalan sambil menyanyi lagu Jalur Gemilang menuju ke Malaysia Square, Battersea Power Station Shopping Centre.
Terasa bangga ketika ini melihat bendera Malaysia dan bendera negeri negeri di dalam Malaysia dikibarkan di kiri kanan Malaysia Square. Lagi pula, Battersea Power Station dimiliki oleh konsortium pelabur Malaysia terdiri dari PNB, Sime Darby Property, S P Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Di sini diadakan beberapa persembahan seperti nyanyian, tarian dan juga pertunjukan silat. Sebelum majlis berakhir, acara kemuncak ialah tarian poco poco secara beramai ramai.
Sebelum beredar, kami mengambil kesempatan untuk bergambar dan berkenalan antara satu sama lain. Apa yang saya lihat, majoriti adalah rakyat Malaysia yang sedang belajar di peringkat degree. Tidak ramai yang sedang bekerja di sini atau yang sedang menyambung pengajian peringkat professional yang hadir.
Alhamdulillah pengalaman bersama warga negara di luar negara adalah satu pengalaman manis untuk kami bawa balik bila kami kembali ke Malaysia tahun hadapan. Semoga persahabatan di sini akan berkekalan selamanya.
Tahniah kepada penganjur dan mereka yang telah bekerja keras untuk menjayakan program hari ini. Tidak lupa pada Nina Syafina yang melayan kami dengan baik. Anda hebat dan Malaysia Boleh walau di mana anda berada.
Catat Ulasan for "Tube Sarong London 2025"
Add your comment