Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan



Saya ingin kongsi petikan video Tokku Pasir Gudang berkenaan kematian tidak terima alasan. Kita kena kenal diri kita, kita ada umur tertentu sampai kita akan pergi. Orang yang kenal diri akan beramal mengikut sebagaimana peredaran dalam umur. 

Dah masuk umur 50, tak kan saya nak beramal macam orang umur 20 tahun. Saya dah masuk 60 takkan nak beramal macam orang umur 40 tahun. Sebab saya kenal diri saya akan berakhir tidak lama lagi. Saya perlu lebih serius. 

Para sahabat dan sollefussoleh bila masuk jer 40 tahun, mereka akan mengubah diri mereka. Kita kadang umur 60 tahun pun tak berubah lagi. Masih macam budak budak lagi, masih nak main itu ini. Amalan kurang, masih nak tidur macam baby pukul 10.00 pagi baru bangun. Tak fikir untuk bangun qiyam, tak fikir untuk baca Quran. Tak fikir untuk buat kebaikan, masih kedekut, masih pemarah. 

Kita kena kenal diri kita, setiap kali ada pergerakan umur, saya tahu apa saya patut buat dan saya kena tahu kondisi pergerakan badan kita dari sihat kepada sakit. Pelbagai penyakit dah ada. Penyakit adalah amaran Allah dan adalah utusan malaikul maut, nak beritahu masa kita tak lama dah. Kita dah ada dylisis, dah pakai kerusi roda tak boleh berjalan. Dah pakai tongkat tak boleh guna lutut. Macam macam penyakit, tak boleh pedas kerana macam macam penyakit dah ada.

Itu semua adalah amaran awal kematian. Tapi tak ustaz, mati lambat lagi ini cuma sakit. Ini orang yang tak kenal diri. Tidak ada peyakit yang diberikan pada kita melainkan peringatan untuk kematian.

Tidak ada umur yang berlalu ke depan melainkan ia mendekatkan kita pada kematian. Yang kita dok sambut hari jadi tiap tiap tahun, dok tiup lilin, kita sedang menghampiri hari kematian kita. Bukan umur kita ke depan, makin jauh dari mati. Tapi makin dekat. Bila umur ke depan, makin dekat dengan mati. Maka orang yang tak kenal diri, bila berlaku perubahan umur dan kesihatan, pun macam biasa. Kerana dia tak kenal diri. 

Kita dah tahu mak ayah kita dah pergi dan kawan kawan pun dah pergi, kita kenal sebahagian besar ahli kubur yang kubur mereka kita lalu tiap tiap hari, kita akan pergi menyusuri mereka sebagaimana mereka pergi walaupun macam mana sibuk kita, walaupun banyak kerja kita, sampai masanya kita akan pergi. Kerana orang dalam kubur dulu sebelum mereka mati, dia juga ada banyak kerja. Banyak kerja macam kita dan banyak angan angan macam kita. Banyak cita cita macam kita tapi tak akan membiarkan kita buat semua itu. 

Saya sibuk tak sempat buat itu, tak sempat buat ini saya tak solat dan tak menuntut ilmu kerana sibuk sangat. Katakan  pada mereka, bila datang kematian kamu tak boleh kata saya sibuk. Hai malaikul maut minggir kamu, saya sibuk ni kerana kematian tidak menerima alasan. 

Saya masih muda kerana kematian tidak terima alasan, Kerana itu orang paling cerdik ialah yang banyak mengingati mati. Kerana sifat mati, tak terima alasan. Kamu sibuk ke kamu Perdana Menteri ke orang besar ke kamu ramai pengikut ke, bila datang kematian, tiada alasan. Orang yang bijak  bila tahu mati tiada alasan, maka mencari bekal untuk kematian tiada alasan. Sehingga ini dulu, semoga bermanafaat. 


Saya memang suka telur dadar. Kalau kekeringan idea, telur dadar lah penyelamat. Makan dengan nasi putih kosong panas panas pun sedap. Tak perlu banyak lauk kalau ada telur dadar.

Untuk hari ini saya menyediakan telur dadar yang garing garing. krup krap krup krap gitu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba..... 


Telur Dadar Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 biji telur
1 sudu besar cuka
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa - opsyenal
Sedikit bawang Holland - cincang

Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau dengan garfu sehingga kembang. 

Panaskan minyak yang banyak dsn biarkan minyak betul betul panas, baru dituang telur dari paras yang tinggi. 

Goreng sehingga garing sebelum diterbalikkan. Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan. 





Catat Ulasan for "Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan"