Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ayam Tumis Darat Dan Doa Ketika Sakit



Sebelum itu, saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan doa ketika ditimpa sakit. Nabi ziarah seorang yang sedang sakit berbulan bulan sehingga kurus, Nabi bertanya apa yang kamu doakan maka dikatakan,  Ya Allah kalau ada dosa yang Engkau akan hukum di akhirat, maka segerakan hukuman di dunia. 

Nabi kata kamu tak mampu, lalu Nabi mengajar supaya berdoa "Rabbanaa Aatinaa Fiddunya Hasanah, wa fil Akhiraati Hasanah, Wa qinaa adzaa bannaar". Ya Allah, kurniakan kebaikan di dunia kepada ku, kebaikan akhirat kepada ku dan pelihara ku dari azab api neraka. Ini yang Nabi ajar seorang pada seorang sahabat ketika sedang sakit. 

Jadi kalau kita sedang sakit, perbanyakkan lah berdoa dengan doa ini. Sehingga ini dulu, semoga bermanafaat..... 


Saya menyediakan sup ayam ini menggunakan bahan bahan yang ada sahaja. Di London, saya memang tak jumpa bawang merah, jadi saya memasak menggunakan bawamg besar sahaja. Saya cari daun sup pun tak jumpa, jadi saya hanya letak batang saderi dan daun bawang sahaja. Rempah 3 sekawan pun tak ada, jadi saya hanya guna kayu manis sahaja.

Tapi kalau anda di Malaysia, bolehlah menggunakan bahan yang lengkap. Baru lebih sedap. Saya sejak beberapa hari ini, agak tidak sihat kerana selsema, jadi saya menyediakan sup untuk hidangan malam. Maklum bila tak sihat, selera kita untuk makan yang berlemak, agak kurang. Nak sup yang jernih macam ni jer. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....




Sup Ayam Tumis Darat
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam
Ubi kentang
Halia
Kiub pati ayam
Sup bunjut - jika suka 
Garam

Bahan tumis:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah 3 sekawan

Cara cara:
Masukkan ayam dan ubi kentang ke dalam periuk dengan air secukupnya. Masukkan halia, kiub pati ayam dan sup bunjut. Rebus sehingga ayam empuk. 

Di dalam kuali lain, tumis bahan tumis sehingga keperangan. Tuang ke dalam periuk sup bersekali dengan minyak. 



Masukkan garam secukupnya. Tabur daun sup/daun bawang dan sedia untuk dihidangkan. 



Catat Ulasan for "Sup Ayam Tumis Darat Dan Doa Ketika Sakit"