Sup Ayam Mudah dan Sedap dan Zikir Ketika Sakit
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berhubung zikir khusus yang patut diamalkan oleh orang yang sedang sakit. Bila anak saudara saya Haji Ruzman yang masih muda, tiba tiba jatuh sakit, saya menjadi sangat insaf dengan kehidupan yang sangat fragile ini. Jadi saya mencari apa yang patut kita lakukan saat kita sakit. Sehari dua ini, memang saya menjadi sangat sedih.
Rasulullah bersabda, siapa mengucapkan Laa ilaa haillallaahu wallaahu akbar, bermaksud tiada Tuhan patut disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar, maka Tuhannya menyambutnya dan membenarkannya. Bila dia berzikir pula, Laa ilaa haillaahu wahdahuu laa syariikalaah. Maka Allah akan berfirman tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku semata yang tiada sekutu bagi ku, Walahul mulk ku walahul hamdu yuhyii wayumiit, wahua alaa Kullisyai iin qadiir, Allah berfirman, milik Ku segala kerajaan dan bagiKu segala pujian.
Bila dia mengucapkan, Laa ilaa haillallaah, laa hawla walaa quwwata illaa billaahil aliyil adhziim, tiada tuhan patut disembah melainkan Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan milik Allah, maka Allah berfirman, tiada Tuhan patut disembah melainkan aku dan tiada daya dan kekuatan melainkan milik ku.
Rasulullah bersabda siapa mengucapkannya ketika sakit dan meninggal dunia, nescaya api neraka tidak akan memakannya. Iman At Tardmzi mengatakan hadis ini adalah Hassan.
Nabi mengajar kepada kita, ketika sakit apa yang perlu kita ucap dan bicarakan dan apa yang perlu kita zikirkan. Ya semua zikir bagus, semua bacaan Al Quran itu bagus, muhasabah itu bagus tapi pada situasi sakit, ada doa dan zikir yang khusus yang Nabi ajar.
Antaranya ialah 4 zikir ini:
Laa ilaa haillallaahu wallaahu akbar,
Laa ilaa haillallaahu wahdahuu laa syariikalaah,
Laa ilaa haillallaah lahul mulku walahul hamdu yuhyii wayumittt, Laa ilaa haillallaah walaa hawla walaa quwwata illaa billaah.
Kata Nabi kalau kita berzikir zikir ini sebelum kita mati, selepas berzikir ini, nescaya kita terselamat dari api neraka. Siapa kata? Nabi Muhammad SAW. Jadi amalkan zikir ini, sihat pun kita baca, sakit pun kita baca.
Kalau orang sakit, tak hafal kita bimbing dia. Setiap sebutan Allah akan sambut dan Allah akan membenarkan. Bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kat kita. Kemuncak Allah ingat kita ialah bila Allah selamatkan kita dari api neraka, yang paling ditakuti oleh semua manusia. OK setakat ini dahulu, semoga memberi manafaat.
Sebenarnya agak lama juga saya tidak menyediakan sup ayam. Sup ayam lebih sedap jika selepas masak, terus dituang bawang horeng beserta minyak gorengan bawang. Tapi di London ni, tak ada bawang merah. Jadi saya hanya guna bawang goreng premium Azie Kitchen sahaja. Cumanya tak ada lah minyak gorengan bawang tu.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Sup Ayam Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
6-8 ketul ayam
Rempah 3 sekawan
1 biji ubi kentang
1 batang karot
Sedikit serbuk lada putih
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Daun bawang - hiris
Batang saderi - hiris
Bawang goreng
Minyak masak
Bahan kisar:
1 cekak kecil batang dan daun sup
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah 3 sekawan sehingga terbit minyak. Masukkan ubi kentang dan karot. Kacau rata.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut dan air ayam kering.
Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan serbuk lada putih.
Setelah ayam dan ubi kentang empuk, masukkan batang saderi, daun bawang dan bawang goreng.
Sedia untuk dihidangkan panas panas.
Nota:
Boleh juga masukkan sup bunjut, jika suka.
Catat Ulasan for "Sup Ayam Mudah dan Sedap dan Zikir Ketika Sakit"
Add your comment