Nellisa Tiba Di London dan Sunday Roast
Saya yang paling gembira bila Nellisa memberitahu telah membeli tiket penerbangan untuk ke UK. Hati memang tak sabar untuk Nellisa tiba di London dan dari dia bertolak ke KLIA, saya dah mula berdoa agar dipermudahkan segala urusan beliau sepanjang perjalanan.
Memanglah bukan kali pertama, Nelly datang ke London seorang diri. Tapi biasalah bila anak anak travel ke mana mana jer, kita akan rasa risau, hatta travel dalam negeri pun.
Nelly tiba di Paddington Train Station pada 30 Ogos 2025 hari Sabtu. Saya memang tak sabar sabar menunggu ketibaan beliau. Berdebar debar pula. Hati melonjak riang bila nampak jer ketibaan train dari London Heathrow lebih kurang pukul 2.30 petang.
Saya, Nana dan Aliya sahaja yang turun. Manakala Alain dan Ammar menunggu di kereta sahaja. Bukan senang nak dapat parking di sini. Sambil itu juga Nana membuat delivery laksam yang kami ada ambil order untuk setiap minggu.
Kami kemudian terus ke White Chapel untuk makan Sunday Roast. Ketika sampai, hari mulai hujan rintik rintik. Tapi sayang restoran pertama yang kami pergi, tak ada pula sunday roast, ia hanya ada pada hari Ahad.
Jadi kami ke sebuah lagi restoran iaitu Meli Melo yang juga terletak tidak jauh dari restoran pertama. Alhamdulillah, nasib baik ada Sunday roast. Sepatutnya kena buat booking tapi ada kekosongan, jadi boleh terus masuk.
Saya dan Nelly memilih Sirloin Roast dan Mac N Cheese Beef Ribs. Manakala Nana memilih Chicken Breast Roast. Yorkshire pudding pun sangat sedap.
Alhamdulillah bila dapat merasa makanan sedap, kena bersyukur kerana ianya adalah satu rezeki dari Allah. Hahaha berbaloi lah dengan harganya. Rasanya harga dalam average £25.00 sepinggan. Termasuk semua sekali, habislah juga £65.00.
Haa hidup di London ni, tak boleh makan luar selalu selalu, boleh pokai. Namanya gaji berpuluh ribu ringgit tapi sewa rumah sahaja dah mencecah RM15,000 sebulan. Kalau datang sebagai pelancung, bolehlah hidup macam T20 yang selalu makan luar tapi kalau dah tinggal di sini, dah jadi macam B40. Kena berjimat, beli barang makan dan masak sendiri. Sesekali jer boleh makan di luar.
Selesai makan, kami kemudian balik ke rumah dan sebelah malam, baru keluar untuk ke Lydl untuk shopping barangan dapur. Dan juga bekalan sarapan untuk dibawa ke Kent keesokannya. OK setakat ini dahulu, nantikan sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua...
Catat Ulasan for "Nellisa Tiba Di London dan Sunday Roast"
Add your comment