Finger Sandwich Egg Mayo
Saya sangat sedih mendapat perkhabaran anak saudara kesayangan saya sedang sakit dan mendapat rawatan di hospital. Sama sama doakan agar anak saudara saya diberikan kesembuhan seperti sedia kala ya. Aamiin. Saya boleh rasakan kebimbangan dan kesedihan kakak saya bila mendapat perkhabaran ini. Semoga kakak saya dan keluarganya kekal tabah.
Teringat rakan sepejabat dulu, seorang yang sangat aktif dengan pelbagai kegiatan sukan. Bila dia datang jumpa saya satu hari di pejabat saya, dia memberitahu dia disahkan mengidap kanser usus. Katanya biasanya kanser untuk orang tak aktif tapi dia aktif, kanser usus untuk orang yang suka makan pedas, sedangkan dia tak makan pedas. Iytulah antara perbualan dengan dia yang saya ingat sehingga kini. Beliau pun telah lama meninggal dunia.
Entah kenapa tiba tiba terasa kematian atau kesakitan boleh datang bila bila masa sahaja. Kita hanya perlu berusaha untuk menjaga kesihatan, jaga pemakanan. Akhirnya jika ditakdirkan, kita perlu redha. Lagi pun kematian tidak mengenal tua muda, sihat atau sakit.
Rasa sangat bersyukur kerana masih diberi ruang untuk bernafas lagi kerana hidup hanya sekali sahaja. Setiap orang akan menyesal selepas kematian samada orang baik atau orang jahat. Orang baik menyesal tak buat lebih banyak kebaikan dan orang jahat menyesal kerana tak buat kebaikan. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.
Saya memang suka makan sandwich, lagi lagi sandwich sardin atau tuna. Kalau tak ada dua ni, barulah sandwich telur. Sandwich telur ni yang paling mudah. Kalau ada telur, sekejap jer buat dah siap.
Nak lagi sedap, boleh tambah chives. Chives ni bukan herba biasa di tempat kita, jadi kalau nak yang fresh memang susah sebab kita tak selalu guna dalam masakan.
Tapi di London ni, saya tanam pokok chives menggunakan benih yang diberi jiran sebelah rumah. Mereka memang suka menggunakan chives dan thyme dalam masakan. Setiap kali bertembung di balkoni, dia akan promote penggunaan herba ini dalam masakan. Saya biasanya guna chives dan thyme ni bila masak steak atau pasta sahaja. Tapi apa pun Egg Mayo ni lebih sedap dengan menggunakan daun chves.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Finger Sandwich Egg Mayo
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 biji telur
Sedikit garam
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 sudu besar mayonis - ikut kuantiti disukai
Daun chives
4 keping roti
Cara cara:
Rebus telur sehingga soft boil sahaja. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan telur yang telah dibasuh. Biarkan selama 8 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Kupas kulit.
Lenyek kan mengikut hancur yang disukai.
Masukkan garam, serbuk lada hitam, mayonis dan kacau rata.
Masukkan daun chives. Kacau rata.
Sapu mentega pada roti dan letakkan adunan telur. Ratakan. Tutup dengan sekeping lagi roti yang disapu dengan mentega.
Jika suka, simpan dalam peti ais seketika sehingga telur set untuk memudahkan dipotong roti dengan cantik.
Potong roti keliling dan potong lagi kepada 3 atau 4 bahagian untuk menjadi finger sandwich.
Catat Ulasan for "Finger Sandwich Egg Mayo"
Add your comment