Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian
Saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang berhubung tanda kematian. Kata Nabi Allah Daud kenapa kamu datang dalam keadaan aku belum bersedia untuk mati. Nabi Daud yang buat qiyamullail setiap malam pun rasa belum bersedia. Kita yang tidur tiap tiap malam. Siang pun tidur, lagi rasa tak bersedia. Kamu tak beritahu. Lalu kata Malaikatul maut, aku dah beritahu. Setiap manusia akan kuah beritahu waktu aku akan datang.
Kata Nabi Daud, beritahu macam mana? Lalu kata Malaikatul maut, mana jiran kamu yang sebelah, mati dah. Mana keluarga kamu yang tu, pun dah mati. Bukan kah itu pemberitahuan ku bahawa kamu akan mati. Kita tanya ada kah tanda nak mati.
Bila mati adik beradik kita, itu tanda kita akan mati. Dah mati jiran kita bermakna itu tanda kita pulak akan mati. Dah mati kawan kawan kita seorang demi seorang, itu tanda kita akan mati. Bukan kah itu tanda malaikatul maut yang kita ambil pengajaran. Bukan kah kematian mereka itu semua cukup sebagai pengajaran bahawa kamu akan mati.
Bila kita iringi jenazah ke kubur bererti apa. Bererti tanda kematian kita akan sampai. Lepas mereka, kita. Memang tak ada orang lain dah, kita lah. Kita kfs g jiran sebelah mati, tak rasa giliran kita pulak lepas tu. Tengok abang kakak kita mati, tak rasa giliran kita lepas tu. Tengok mak kita mati ayah kita mati, tak rasa giliran kita lepas tu. Maknanya kita lalai.
Dalam riwayat lain kata Malaikatul maut tak ada seorang pun melainkan akan diberikan 3 tanda kematian. Nabi Daud tanya apakah 3 tanda. Pertama bukan badan mu semakin membongkok. Itu tanda kematian. Kedua, bukan kah rambut kamu semakin beruban?
Ketiga, bukan kah jiran kanu satu persatu sudah mati. Setiap orang kena alert dengan 3 tanda ini. Jangan pulak kata uban penyakit kerana salah guna minyak rambut. Bila ada uban, itu tanda nak mati. Itu sebab makruh cabut uban kerana ianya tanda mati. Setakat ini dahulu semoga bermanafaat.
Saya menyediakan cekodok pisang untuk diberikan pada jiran white British kami, Tippy yang sangat peramah dan suka melayan cucu cucu saya. Saya memberikan puding roti dan laksa utara kepada mereka. Tippy kemudian memberikan kami scone yang dibeli khas.
Yang kelakarnya kanak kanak kan sangat jujur dan straightforward. Bila Tippy memberitahu kami yang dia nak bagi makanan pada kami, terus Ammar berkata no pork, no alcohol. Masa tu Nana macam risau kalau Tippy ada terasa hati.
Memang kami selalu berpesan pada Ammar, bila nak makan kena check label untuk memastikan makanan halal sebelum dimakan. Tapi budak budak tak faham bab sensitiviti pada orang lain dalam bab ini. Yang dia tahu makanan apa yang nak saya dimakan mesti halal.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…
Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 biji pisang - 2 cawan pisang lenyek
4 sudu besar gula
½ kecil garam
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung gandum - naik sendiri
Cara cara:
Satukan semua bahan dan lenyek sehingga sebati.
Panaskan minyak sehingga benar benar panas. Perlahankan sedikit api dan celup jari di dalam air.
Jemput adunan ke dalam minyak. Balik balikkan supaya masak sekata.
Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia dinikmati panas panas.
Catat Ulasan for "Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian"
Add your comment