Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Camden Market Dengan Nellisa



Hari pertama Ammar dan Aliya memulakan sessi persekolahan penggal baru hari ini iaitu 2 September 2025. Walaupun hari mendung dan hujan rintik rintik, Nelly mengajak untuk keluar makan makan dan mencadangkan Camden Market. 

Dia teringin nak makan smashed burger. Kami naik bas nombor 1 dari Reverdy Road terus ke Camden Market. Walaupun masa perjalanan agak lama tapi saya lebih suka naik bas kerana dapat melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Dapat dilihat bangunan cantik dan juga ragam manusia terutama orang sini yang suka ber piknik di taman. 


Orang tak seramai seperti waktu saya ke sini dengan Nana dulu. Nak cari tempat duduk pun tak sesusah dulu. 

Saya order smooketeer brisket dan makan di tempat duduk depan situ. Ooh sedap sungguh daging brisket ni. Nelly pula beli burger yang dia memang teringin nak makan. Katanya dulu dia datang dengan Aween pun beli burger tu juga. 




Selepas makan, kami beredar ke deretan kedai berdekatan dengan sungai untuk ke kedai icecream gelato. Kalau hari tu makan ais krim kena kongsi kongsi, hari ni order sorang satu. 


Selepas makan, kami berjalan balik kerana hujan telah mulai turun rintik rintik. Ambil bas nombor 1 juga dan terus ke station berdekatan dengan St James market.  Ok lah sehingga sini dulu, sekadar catatan untuk kenang kenangan. 

Catat Ulasan for "Camden Market Dengan Nellisa"