Bersarapan Dengan Rakan Sekerja di London
Kebetulan rakan sekerja di Bank Negara Malaysia, Datin Seri Rafidah Latif dan Haji Mohd Zaiman, ada di London kerana melawat anak masing masing, kami merancang untuk bertemu dan mengeteh di London. Tempatnya adalah di London kerana lebih mudah untuk kami semua bertemu. Datin Seri Rafidah atau nama mesra yang saya panggil beliau ialah Fidah atau Fid mencadangkan Parker's Cafe. Saya memang belum pernah ke sana, jadi saya bersetuju sahaja.
Saya naik train dari Bermondsey station ke Green Park dan tukar platform ambil Picadilly line ke Knightsbridge station. Saya sebenarnya belum pernah ke sini dengan train. Kalau biasa, datang sini dengan anak anak, akan naik bas atau uber. Bila keluar jer train station, waah banyaknya butik butik ternama di sini. Tapi itu lah zaman nak bershopping itu dah berlalu. Sekadar melihat dari luar sahaja. Tapi kalau dah minat tu, tak masuk pun sempat juga snap gambar handbag yang berkenan. Hahaha kalau ada anak beli, boleh lah saya menumpang sesekali.
Kali pertama juga saya berjalan sendirian berpandukan apps citymapper. Pagi pagi tak risau sangat memegang handphone di tangan. Lagi pula, kawasan sini nampak excusive, tak ramai orang yang mencurigakan. Saya tiba terlebih dahulu sebelum Fidah dan Zaiman. Fidah datang bersuami suami, Dato Seri Muez mantan KSU Kementerian Pertahanan dan anak serta menantu mereka.
Cafe ini sangat cozy dengan ambience yang sangat cool. Sesuai untuk bersembang sembang. Saya order French Ommette dan Zaiman memilih Potato & Egg, manakala Fidah memilih Berries French Toast dan Royale Benedict. Walaupun menu breakfast tapi semuanya sangat sedap, portion besar yang mengenyangkan sehingga ke petang. Air pula satu jug Karak yang seperti teh tarik. Sangat sedap teh nyer pekat lemak dan secukup kemanisannya.
Yang lebih istimewa, keesokannya iaitu hari ini adalah hari jadi Fidah. Alhamdulillah, masih glow glowing dan yang paling saya suka tengok ialah mereka suami isteri yang sentiasa mesra seperti best friend bila bersembang satu sama lain. Mereka adalah antara couple yang berkenalan ketika di Universiti Malaya.
Ketika kami di sana, ada satu keluarga Malaysia yang masuk dan diperkenalkan mereka berasal dari Tawau dan kini tinggal di Norway. Mereka datang ke London untuk memperbaharui passport. Tapi saya lupa pula menanyakan nama. Harap beliau ada tag saya. Beliau juga adalah follower Azie Kitchen.
Sebelum bersurai, kami bergambar di hadapan cafe di mana menantu Fidah, Farah sangat pandai memilih angle yang cantik. Ya lah Farah pun sangat aktif di Tiktok sebagai Personal Shopper sementara mereka di London.
Alhamdulillah bukan sesuatu yang mudah sebenarnya untuk kebetulan bertemu di luar negara kerana masing masing sibuk dengan urusan sendiri bila bercuti. Tapi oleh kerana kami semua dah bersara, kedatangan ke London hanya sekadar untuk melawat anak dan berehat rehat sahaja. Tiada lagi agenda nak shopping atau melawat ke mana mana tempat percutian. Saya pun akan keluar ke central London ini hanya bila nak bertemu dengan kawan kawan sahaja.
Akhir sekali, happy birthday my dear Datin Seri Rafidah. Rakan satu fakulti dan rakan seperjuangan. Terima kasih belanja kami semua hari ini. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Sepanjang saya mengenali beliau seorang yang sangat pemurah dan suka membantu orang dalam kesusahan. Pernah seorang staf memberitahu saya, Rafidah selalu memimjamkan duit pada kawan kawan yang memerlukan. Walaupun dia tak pernah bercerita tapi setiap kebaikan pasti akan dikenang. Aamiin.
Catat Ulasan for "Bersarapan Dengan Rakan Sekerja di London "
Add your comment