Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki


Alhamdulillah selepas selesai entri percutian ke Canterbury di SINI, saya kembali dengan entri resipi dan masakan. Sebelum itu, jangan lupa klik follow blog dan klik iklan yang keluar di bahagian atas blog juga tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Luv uoll so much. 

Sebelum itu, saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan rezeki, yang mana rezeki tidak terhalang dengan musibah. Rezeki hanya terhalang dengan kematian. Bila seorang itu mati, barulah habis rezekinya. Selagi dia hidup, Allah pasti menyempurnakan rezekinya. Kadang kadang ada orang tak ada kerja, tapi ada orang hantar makanan kat rumah, dia ada rezeki juga. 

Ada orang tak ada duit, tiba tiba orang hantar duit, orang bagi percuma pulak duit. Rezeki kita tetap ada, walau apa pun musibah. Yang kita bimbang ialah waktu musibah ini, bagaimana level kita mengingati Allah. Apakah makin kuat atau makin lemah. Kalau makin lemah, seperti golongan berputus asa, maka rugi lah kita. Kalau makin kuat kebergantungan kita pada Allah, maka ujian itu telah berjaya kita harungi dengan baik. 

Sebab Nabi bersabda,  Allah bila sayang seorang hamba, Allah akan uji dia. Kalau dia redha, dia bergantung pada Allah, dia pasrah, maka Allah pun redha padanya. Tapi kalau dia nak marah marah, tak puashati dengan ujian Allah, maka Allah juga akan murka padanya. 

Sebab itu kata Nabi SAW, sesungguhnya besarnya pahala dengan besarnya ujian. Sebagaimana besarnya kurniaan yang kita nak dapat, akan datang besarnya ujian sebelum kita dapat manafaat yang besar, manafaat yang jauh lebih baik daripada ujian dan tidak lah Allah uji manusia melainkan Allah datangkan nikmat lebih besar dari ujian. Lihat bagaimana Allah menguji Nabi Yusof, tapi lihat nikmat selepas itu. Allah jadikan Nabi Yusoff menjaga perbendaharaan negara dan penyebab selesai masalah negara lain.

Bila Allah uji Nabi Muhammad SAW, dengan ujian ujian yang berat sepanjang berada di Mekah, lalu Allah berikan pada Rasulullah negara Madinah. Kebaikan Madinah dan penduduknya. Siapa pun yang hari ini diuji, maka Allah akan beri dia suatu benda yang lebih besar. Yang lebih besar lagi sedang menantinya ialah syurga, yang tidak akan terlawan dengan sebesar mana pun ujian. 

Disebut dalam hadis ada seorang yang sepanjang hidupnya diuji dengan ujian yang teruk, dari kecil diuji sehingga meninggal dunia. Lalu Allah memanggilnya dan Allah letakkan dia dalam syurga sekejap, celup sekejap jer dalam syurga dan dikeluarkan. Lalu Allah bertanya dan Allah Maha Mengetahui, apakah kamu pernah susah? Boleh dijawab tak pernah susah. 

Lihat baru masuk syurga sekali celup sahaja, terus hilang segala kesusahan duniawi. Maknanya seberat mana pun kesusahan duniawi, balasan yang menanti lebih besar sehingga kita lupa susah tu. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Jom masuk bab masakan yang mudah dan sedap ini.


Saya dapat idea untuk memasak kicap ikan bawal emas ini selepas Ummi Anne menelefon memberitahu yang dia memasak ikan masak kicap. Jadi saya pun plan lah kalau ada ikan nanti, bolehlah masak kicap juga. 

Kadang kadang bila hari hari memasak ni, memang kekeringan idea. Ada jer saya masak ulang ulang tapi saya tak share lah di blog. Masak kicap ni ada pelbagai versi dan cara. Yang kali ini ialah saya menggunakan sos dan cili hidup untuk memberikan kelainan rasa. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Masak Kicap Ikan Bawal Emas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan bawal emas
Garam
Serbuk kunyit
Daun bawang - hiris

Bahan kisar kering:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang cili merah

Bahan sos:
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap manis

Cara cara:
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 



Menggunakan minyak sama, keluarkan minyak berlebihan. Tumis bahan kisar kering sehingga masak. 

Masukkan bahan sos dan kacau rata.  Masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat. 

Masukkan daun bawang. Kacau rata dan tutup api. 

Akhir sekali, tuang kuah ke atas ikan yang telah digoreng. Sedia untuk dihidangkan. 

We 

Catat Ulasan for "Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki "