Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kubis Goreng Ala Mamak Dan Kekayaan



Saya terlihat satu video Prof Mas berkenaan ada seorang kawan beliau yang bekerja di bandar dan tinggal di rumah teres. Bila dicadang supaya membina sebuah rumah banglo, kawannya memberitahu dia telah membina rumah besar di kampung yang mana beliau ingin tinggal selepas bersara. Tapi selepas bersara, dia disambung lagi kontrak perkhidmatan selama 2 tahun. 

Semasa dalam kontrak, tiba tiba dia meninggal. Siapa yang duduk rumah dia. Kesian dia tak dapat merasa nikmat rumah besar yang telah dibina dengan sofa jati yang indah itu. Sebab itu, nikmati hari ini dan saat ini semasa kita masih hidup. Esok tak tahu keadaan diri kita. Jangan simpan simpan, hargai diri kita. Sayangi diri kita. Nikmati sehingga kita rasa puas. 

Kalau mampu, jalani dan nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya. Ada orang memang suka melihat saving di dalam bank yang banyak. Seronok melihat duit berjuta juta. Bila melihat cara hidupnya seperti orang yang tidak banyak duit, pakai baju murah, tiada handbag berjenama. Hidup dengan berjimat cermat dan berkira. 

Tapi bila mati, tak kira siapa pun, tak ada seorang pun akan membawa duit dan harta ke dalam kubur. Malahan orang yang berharta dan berduit, lagi banyak soaljawabnya. Umpama banyak soal jawab oleh immegresen, jika kita balik dengan membawa pelbagai barangan masuk di airport. 

Kadang terfikir macam mana ya orang yang terlampau kaya yang telah mati dan belum mati, bila harta kekayaannya agak diragui dan diperkatakan ramai sebagai sumber yang tidak berapa bersih. maksudnya diperolehi dengan salah guna kuasa atau dengan rasuah dsb. Bayangkan harta 30 billion. Yang pasti, akan ditanya dari mana kita dapat harta tersebut, cara macam mana dan bagaimana cara ianya dibelanjakan.

Jadi kita tak perlu rasa jeles pun dengan orang kaya, orang berkuasa hatta vvvvip sekali pun, kerana setiap apa yang kita ada semuanya akan dipertanggungjawabkan. Apalagi kalau kita menpunyai hutang dengan manusia termasuklah hutang nyawa, hutang maruah dsb. Kembalikan semuanya kepada Allah.  Kalau yang berkuasa tapi jadi bisu melihat kemungkaran, jika perlu menjawab. OK setakat ini dahulu.


Saya kalau pergi restoran nasi kandar, suka ambil sayur kubis goreng ni. Makan pulak dengan kuah kari dan ayam goreng, memang padu lah. Membuatnya pun tak susah. Yang penting, sedap.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Kobis Goreng Ala Mamak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan:
½ biji sayur kobis - hiris panjang
½ batang karot - hiris panjang
1 sudu kecil biji sawi
2 tangkai cili kering dan 
1 tangkai cili merah
½ sudu kecil serbuk kunyit
Garam 
Gula secukup rasa

Bahan hiris:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris sehingga wangi. Masukkan biji sawi dan cili kering.

Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh lembut. Masukkan kobis dan sedikit serbuk kunyit. Masukkan sedikit air untuk bahan meresap dan sebati.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan cili merah. Setelah kobis layu, boleh tutup api.



Catat Ulasan for "Kubis Goreng Ala Mamak Dan Kekayaan "