Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Panjang Goreng Telur Dan Takdir Allah




Saya ingin kongsi petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan sabar dengan setiap ujian. Seorang jadi wali Allah bukan kerana solat banyak atau puasa banyak tapi kerana jiwanya sentiasa berlapang menerima, redha dengan setiap takdir Allah. Itulah dia sifat wali Allah. Bukan wali Allah yang solat banyak tapi kena musibah sikit, marah merata. Itu bukan wali Allah. 

Kerana dia mengetahui yang mentakdirkan adalah Allah. maka Allah juga yang akan melepaskannya. Sheikh Abdul Kadeer, berkata, dengar aku cakap ni, aku pun belajar takdir Allah. Setiap takdir Allah menghantar aku pada Allah sehingga aku kenal Allah. Itulah yang kita kata setiap takdir Allah adalah jalan pada makrifat Allah. 

Menerima takdir Allah adalah jalan makrifat Allah. Akhirnya kita berjalan di muka bumi dengan tenang, jalan dengan bersangka baik pada Allah. Berjalan di muka bumi dengan menunggu segala takdir Allah pada kita. 

Maka kita sentiasa sabar dengan setiap ujian. Kerana setiap ujian itu memerlukan sabar yang sedikit, sabar sehingga kita bertemu dengan Allah. Setiap ujian cuma sedikit,  cuma sekejap tapi nikmatnya abadi dan kurniaan Allah itu begitu luar biasa. OK setakat itu dahulu, semoga bermanafaat.


Saya memang sangat suka sayur kacang panjang yang digoreng dengan telur. Simple tapi sedap. Rasa bawang putih yang digoreng menambah keenakannya. Memasaknya pun sangat mudah dan cepat. Pung pang pung pang dah siap. Haa gitu...

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Kacang Panjang Goreng Telur
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
Kacang panjang
4 ulas bawang putih
1 biji telur
 Cili merah
Daun bawang
Garam
Serbuk pati ayam
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan. Masukkan kacang panjang dan kacau rata. 

Masukkan cili merah dan daun bawang. 

Masukkan garam dan serbuk pati ayam. 

Akhir sekali, tuang telur yang telah dipukul sedikit. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. 



Catat Ulasan for "Kacang Panjang Goreng Telur Dan Takdir Allah"