Saya ingin kongsi nasihat Tokku Pasir Gudang supaya bab persoalan dunia jangan banyak sangat dok berlegar dalam kepala kita. Bila persoalan dunia banyak sangat berlegar kita akan jadi lemah dalam hidup, jadi tak ceria. Hari ini kita tengok orang yang diberi nikmat yang banyak dalam hidup, muka dia ketat dan tak ceria. Kenapa?
Kerana banyak benda lain yang dia fikir yang dia tak ada lagi. Rumah dah banglo tapi sedih sebab tak ada kolam. Jadi dok fikir nak buat kolam. Dok fikir dekorasi rumah ala Inggeris. Banyak masa dihabiskan kerana berfikir hal dunia.
Banyak kebimbangan kita berasaskan kebimbangan dunia. Bukan kebimbangan akhirat. Yang patut kita bimbang ialah macam mana keadaan kita di dalam kubur. Tak pernah ke terdetik kita di dalam kubur macam mana. Tanpa suami, tanpa isteri tanpa pembantu. Jeritan dan suara kita tak ada orang dengar. Kita sorang sorang.
Ramai orang yang pergi yang sebaya umur kita dan umur sebelum kita. Kita tak fikir benda tu walaupun ianya adalah paling penting sekali. Kita dok fikir lagi 20 tahun macam mana. 20 tahun belum pasti terjadi, yang mati itu adalah suatu yang pasti.
Jangan fikir macam mana anak kita 20 tahun akan datang. Anak awak pun belum pasti ceritanya. Tapi cerita awak pasti akan mati bila bila masa sahaja. Jangan kata kita tak nak cerita lagi bab mati, lambat lagi. Jangan rasa lambat lagi nak mati. Melainkan jiwa kita kotor bila nampak mati itu lambat. Mereka menyangka benda itu jauh. Walhal ia perkara yang amat dekat.
Kita punya hawa nafsu kuat, kita dok sangka mati itu jauh. Walhal umur kita dah pun umur mati. Tapi kalau benda urusan dunia, walaupun jauh lagi, kita dah dok pening dah. Walaupun belum pasti berlaku, kita dah fikir sehingga macam nak pecah kepala. Inilah penyakit kita. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Jiran sebelah rumah kami di Bermondsey ini ialah white British. Kami berkongsi balkoni sebelah menyebelah. Dia memberikan kami benih pokok herba tymes dan chives untuk ditanam di balkoni.
Setiap kali terserempak dengan dia di balkoni, dia bertanya kalau saya dah menggunakannya dalam masakan. Bila saya jawab belum, dia kata cubalah masuk dalam masakan, akan lebih beraroma dan chibes ada aroma bawang.
Jadi bila nak memasak daging yang Nana beli dan tersimpan dalam peti ais, saya memikirkan cara untuk memasukkan chives dalam masakannya. Sebab chives ni macam daun bawang lah juga. Ianya sedap ditabur di dalam masakan sebelum ianya diangkat. Sebelum ini, saya meletakkannya juga di dalam nasi goreng, pun sedap juga. Malahan Ammar pun suka nasi goreng yang ada daun chives.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Daging Masak Halia Dengan Chives
Oleh: Azie Kitchen
Bahan perap:
300 gram daging
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 ½ sudu besar tepung jagung
Bahan Hiris:
1-2 inci halia
4 ulas bawang putih
Daun bawang - bahagian putih
Bahan sos:
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
Serbuk lada putih
Sedikit air
Bahan lain:
½ biji bawang Holland
Daun bawang
Daun chives
Cara cara:
Satukan semua bahan dan perap daging selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris. Masukkan daging perap. Kacau rata.
Masukkan sedikit air untuk empukkan daging.
Setelah daging empuk, masukkan bawang Holland.

Masuk bahan sos dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan chives.

Kacau rata. Tutup api.
Catat Ulasan for "Daging Masak Halia Dengan Chives Dan Kebimbangan Dunia"
Add your comment