Begedil Dan Orang Suka Tunjuk Kekayaan
Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Zoom oleh Tokku Pasir Gudang berkenaan Qarun yang disebut sebanyak 4 kali dalam Al Quran. Dalam masyarakat kita, Qarun adalah seorang yang suka mengumpul harta. Anak kunci perbendaharaan Qarun dipikul oleh 40 orang lelaki perkasa untuk membayangkan kekayaan.
Namanya disebut bersambungan dengan Firaun dan Hammas. Bila Allah meletak nama Qarun di hadapan untuk menunjukkan keinginan manusia yang pertama ialah harta. Diikuti dengan kuasa dan jawatan. Bila disebut, Qarun ianya lambang harta, Firaun lambang kuasa dan Hamman lambang pangkat, pangkat yang diberi oleh orang yang berkuasa. Itu yang menjadi buruan manusia sepanjang zaman, yang kita cari ialah harta, kuasa dan pangkat.
Yang disebut apa yang diingin oleh semua manusia tak kira tua, muda, orang baik orang tak baik semuanya adalah harta. Semua tak nak mati dalam keadaan miskin, semua nak mati dalam keadaan kaya. Ingin mati dengan meninggalkan kekayaan pada keturunan.
Malah dalam medsos seperti tiktok, facebook, IG yang dipertontonkan ialah orang kaya. Kalau orang berkuasa seperti dato bandar, wakil rakyat dsb tak ramai yang like. Tapi influencer yang kaya yang tunjuk kekayaan, tunjuk private jet, rumah berjuta, kereta mewah, harta banyak, baju berjenama, yang tunjuk segalanya, itu yang mendapat paling banyak likes. Orang berebut tengok dan berebut untuk dijadikan contoh. Ini realiti sepanjang zaman.
Qarun adalah relevan wataknya sepanjang zaman dan dijadikan pengajaran di mana kesudahan harta benda tidak memberi apa manafaat jika mereka menderhaka pada Allah, jika mereka dengan kekayaannya mengabaikan akhirat.
Memang kalau ayat Al Quran bila menyebut akan sesuatu cerita akan fokus pada mesej, bukan pada jalan cerita. Tujuannya untuk menguatkan iman dan menjadi pengajaran. Qarun seorang kaya dalam keluarga Nabi Musa, ada dikatakan sepupu Nabi Musa. Kelebihannya ialah kekayaannya yang melimpah ruah, kuncinya dipikul oleh orang yang kuat.
Qarun sangat kaya. Ulamak menegur Qarun, tak salah kaya tapi kena tunjuk kesan kekayaan seperti keluar zakat, sedekah dsb kerana pada harta benda mereka ada hak orang lain. Qarun dinasihati oleh ulamak mereka. Jangan dukacita apa yang hilang dan jangan gembira dengan apa yang datang. Suka belanja pada diri dia dari membelanjakan pada kebajikannya. Jangan show off sangat.
Qarun setiap hari keluar dan tunjuk kekayaannya. Menjadi kewajipan ulamak untuk nasihat Qarun supaya mencari akhirat. Tak salah kaya tapi kena ingat misi utama, ialah cari akhirat. Umpama kita pergi kerja, buat kerja sampingan jual tupperware tapi kena ingat misi kita ialah kerja. Sama juga misi kat di dunia ialah cari akhirat. Tapi jangan lupa dunia, maknanya penting juga dunia ini. Bukan beragama dengan membiarkan dunia diambil oleh orang lain, kamu diberi rezeki banyak, kongsilah rezeki dengan orang lain. Allah bagi rezeki luas, maka kita buat baik. Kebaikan seperti kesihatan, pengaruh, guna untuk kebaikan pada manusia. Kalau kita tak buat, Allah akan tukar pada orang lain.
Setiap nikmat ada tanggungjawab. Tanggungjawab ialah berlaku baik pada manusia. Jangan buat kerosakan di muka bumi. Apa kerosakan Qarun ialah dia tak mencegah kemungkaran oleh Firaun dan Hamman. Qarun berbangga duduk dengan Firaun dan Hamman. Dia tidak berbangga duduk dengan Nabi Musa.
Bila ditegur akan kemungkarannya, Qarun dengan sombong menjawab semua kekayaannya ialah dari ilmunya. Ini juga teguran pada kita semua, jika kita rasa apa yang kita dapat hari ini adalah dari kemampuan dan ilmu kita, kebijaksanaan kita, maka tunggulah masa untuk jatuh.
Semua benda datang dari Allah. Kalau rasa dengan hartanya dia boleh kekal lama, hidup lama, ketawa lama, maka dia silap. Qarun dakwa semuanya datang dari ilmunya. Dosa orang kaya ialah bila dia kedekut, tak bayar zakat, guna harta untuk hina orang lain, sombong dsb. Apa kata Allah pada suatu hari Qarun keluar dan tunjuk segala kekayaannya, perhiasannya yang paling berharga, berkata orang lemah imannya bertuahnya Qarun, untung dia. kalau lah kami dapat seperti Qarun. Kesilapannya, mengagumi dengan mengkagumi dengan rasa dia paling disayang oleh Allah. Harta tak ada manafaat jika kita tidak diberi hidayah. Bahawa ganjaran orang yang beriman lebih baik di sisi Allah. Tegur dan nasihat. Ulamak tegur orang lemah iman, supaya jangan terpedaya.
Kesudahannya Qarun ditenggelamkan, bumi menenggelam rumahnya, hartanya, kesudahan tak ada orang tolong Qarun. Orang mengkagumi Qarun berkata, baru kami tahu yang memberi rezeki adalah Allah. Ditenggelamkan sehingga hari kiamat. Ini azab bagi Qarun. Qarun lambang fitnah harta dalam kehidupan manusia.
Setiap umat ada ujiannya. Ujian bagi umat Nabi Muhammad ialah fitnah harta. Bila dapat harta, kita rasa gembira, kita mesti rasa seronok. Itu fitrah apa yang diberi pada ku akan belanja pada jalan Mu ya Allah berilah apa yang engkau berikan di dunia ini pada jalan sebenar. Lebih teruk kalau mengaku ianya atas usaha dia sehingga dia kaya. Ini semua kurniaan Tuhan ku untuk menguji apa kah aku bersyukur atau kufur. Bahaya harta kalau tak guna sebenarnya maka jadi orang kaya yang membea
Jangan sombong jangan dakwa segala kekayaan datang dari kita, kita yang pandai memasak. Sepatutmya sebut, Alhamduilah syukur menjadi masakan hari ini, ini semua datang dari Allah. Setiap kebaikan kembalikan pada Allah. Harta adalah satu ujian besar. Bila diuji dengan benda susah kita boleh sabar, bila diuji dengan benda senang kita tak sabar. Lihat diuji dengan kekayaan, akan jauh dari Allah berbanding dengan kesusahan. Secara majoritinya, bila diuji dengan kesenangan, dah kurang datang masjid. Aku tak takut kamu miskin tapi Nabi bimbang kerana nabi pentingkan iman, kerana nilai manusia ialah pada iman. Binatang tak simpan harta. Naluri kita suka simpan. Naluri kita takut jadi fakir miskin.
Anak Adam tua ada dua benda yang tak akan tua iaitu cinta pada harta dan ingin panjang usia. Yang kita nak sangat walaupun makin tua. Itu fitrah. Tanya mereka bagaimana sayangnya mereka pada harta. Qarun walaupun ada segalanya tapi hartanya tak beri manafaat pada dia. Ambil pengajaran dengan menggunakan harta pada jalan baik dan nisbah harta pada Allah. Akhirnya Qarun ditenggelam bersama harta ke dalam perut bumi. Sehingga di sini dulu, semoga bermanafaat.
Serious lah kentang di sini sangat sedap. Selepas digoreng, masuk dalam chopper. Masukkan garam dan dan lada sulah. Dan kisar halus. Masya Allah dah sedap. Boleh cubit makan begitu sahaja. Belum lagi masuk bawang goreng dan daging kisar.
Saya rasa kentang di sini yang sedap tak sama dengan tempat kita. Kentangnya lebih starchy gitu. Memang hari tu ada dengar podcast Zarul Umbrella dengan seorang rakan pramugari yang menyebut tepung gandum di sini sedap sehingga dia beli banyak tepung gandum untuk dibawa balik dan dibuat cekodok. Jadi rasanya memang bahan masakan di sini lebih sedap dan berkualiti.
Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua.....
Begedil
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ubi kentang
Garam
Bawang goreng
Serbuk lada sulah
Daging cincang - opsyenal
Cara cara:
Kupas dan potong nipis ubi kentang. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Masukkan ubi kentang ke dalam food processor dan kisar sehingga halus. Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
Tuang garam dan serbuk lada sulah dan kacau rata. Masukkan bawang goreng dan daging cincang, jika guna. Nota: dagimg cincang digoreng tanpa minyak sehingga bertukar warna.
Akhir sekali ambil adunan dan bulatkan sebelum dileperkan mengikut saiz yang disukai. Nota: jika belum mahu menggunakannya, masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.
Pecahkan sebiji telur dan masukkan secubit garam. Pukul sehingga sebati. Celup begedil di dalam telur, dan goreng dalam minyak yang panas sehingga masak. Angkat dan tos.
Catat Ulasan for "Begedil Dan Orang Suka Tunjuk Kekayaan"
Add your comment