Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London



Kalau orang Malaysia datang bercuti ke London, kita boleh jadi macam golongan T20 kerana kita makan di luar hari hari, kita bergerak sana sini dengan kereta yang disewa atau naik uber untuk ke satu satu tempat jika tidak menyewa kereta. Haa itulah kita bila bercuti. Kita habiskan banyak masa dengan melawat tempat menarik dan shopping. Kalau memasak pun untuk sarapan sahaja.

Tapi kalau kita datang dan tinggal di London dengan take home pay bawah £5000, memang merasa lah menjadi golongan B40. Struggle. Nak makan yang sedap sedap di luar, kena kira kira budget sehingga next gaji. Tak boleh setiap minggu, apa lagi setiap hari. Mungkin 2 minggu sekali OK lah makan luar. 

Itulah hakikat yang saya rasa. Naik bas atau train untuk ke mana mana kena bayar sehingga £5 sehari. Kadang kadang lebih. Nak makan sepinggan nasi dalam £10. Nak minum yang air sedap sedap seperti lemonade, harga pun dalam £4.50-5.00 juga, jadi pilih lah air kosong jer. 

Semalam kami ke Greenwich Cutty Sack, Nana beli nasi yang jual di Greenwich market dah £22 untuk 2 pek. Saya dengan Ammar teringin nak makan gelato, singgah di Amorino dah £10.30 untuk 2 orang. Semalam sahaja saya dah bayar £15.00. Yang lain, Nana bayar. Situ sahaja dah RM90.00. Jadi kalau hari hari nak order food panda macam di Malaysia, memang botak lah. 



Hari hari lain kenalah memasak. Beli bahan memasak di sini tak lah mahal sangat. Tapi saya pun baru dapat tahu harga di London contoh seperti nugget, satu packet tempat kami ialah £8.00 tapi di luar sedikit boleh dapat 3 packet dengan harga bawah £10.00. Haa gitu. 

Banyak juga bezanya. Harga daging dan ayam juga berbeza £1-2.00. Jadi kenalah rajin mencari barang barang masakan di luar sedikit dari zone 1. Tak boleh lagi main tunjuk tunjuk, shopping seperti di Jaya atau Village Grocer di tempat kita. Semua kena kira, kena hitung. Cukup tak sehingga gaji bulan depan. Hahaha kalau nak setahun merasa struggle macam ni OK jer. Tapi kalau lama lama, memang rasa tidak lah kot. OK setakat ini dahulu.


Saya dulu pernah baca masa mula mula nak buat spaghetti Aglio Olio untuk bagi faham di mana ianya adalah bermaksud bawang putih dan minyak zaitun. Itu jer. Cuma untuk menambah selera, kita bolehlah letak daging, baby spinach, chilli flakes dsb.  

Spaghetti simple ini menjadikan kita dapat merasai keenakan spaghetti itu sendiri. Memang sedap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Spaghetti Aglio Olio
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Spaghetti
Minyak zaitun
4-5 ulas bawang putih - hiris
Daging - hiris nipis
Serbuk lada hitam

Cara cara:
Panaskan air sehingga mendidih, masukkan garam secukupnya dan sedikit minyak masak. Masukkan spaghetti dan masak 1 minit kurang dari masa yang ditetapkan di pek pembungkusan.

Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali lain dan masak daging sehingga lembut, masukkan bawang putih. 


Setelah bawang putih keperangan, masukkan serbuk lada hitam. Nota: boleh juga guna chilli flakes sebagai ganti.

Ceduk spaghetti dari periuk dan terus masuk ke dalam kuali. Kacau rata. Jika, belum cukup minyak, tambah lagi minyak zaitun. Jika kering, boleh masukkan sedikit air rebusan pasta tadi. 


Sebelum dihidangkan, tabur parutan keju parmeson.


Catat Ulasan for "Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London"