Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Campur Goreng Dan Kepentingan Ilmu

 


Saya tertarik dengan kata kata Ustaz Saiful, bekas suami Rozita Ibrahim dalam video pendek bersama anak sulung mereka di mana dia mengatakan bahawa seseorang perlu menuntut ilmu dan belajar tinggi tinggi kerana ilmu sangat penting. Ada orang claim tak payah belajar tinggi tinggi pun tetap kaya dan berjaya. 

Jawapan Ustaz Saiful ialah berjaya atau kaya ialah bukan kerana usaha kita tapi Allah yang bagi kat kita. Ianya adalah asbab dari usaha kita. Sedangkan beza orang berilmu dengan orang tak berilmu, Allah sebut dalam Al Quran sangat jelas. Kita menuntut ilmu dan belajar bukan kerana nak mendapat harta kekayaan. Tapi kerana nak berjaya di dunia, kena ada ilmu. Apa lagi nak berjaya di akhirat, laagi kena ada ilmu. 

Dengan bahasa mudah, kita jangan merasa apa apa kejayaan kita atau kekayaan kita adalah kerana usaha kita. Ianya adalah dari Allah. Usaha kita hanya lah asbab pada kejayaan dan kekayaan kita. Kedua jangan lah merasa bangga bahawa walaupun tak berpelajaran tinggi tapi saya tetap kaya raya dan berjaya. 

Ini adalah kerana ilmu adalah penting untuk kejayaan di dunia dan lebih lebih lagi kejayaan di akhirat. Siapa tak ada ilmu, akan langgar semua benda untuk dapat kekayaan tak mengira halal haram. Asal dapat projek, bagi jer rasuah sebanyaknya. Orang macam ni mungkin boleh berjaya di dunia bila dapat projek tapi di akhirat dia tak akan berjaya kerana semua harta dapat secara haram, akan dipersoalkan setelah kita mati. 

Jadi kepada yang berbangga sangat dengan kekayaan itu, buatlah muhasabah diri adakah kejayaan anda dan kekayaan anda kerana usaha anda? Jangan cakap dengan bangga diri sangat seolah harta kekayaan adalah segala galanya. Seolah kita sangat tinggi darjatnya kerana kekayaan dimiliki. Bangga konon pakaian berharga beratus ribu, kereta beratus ribu. 

Hakikatnya tak semua orang miskin yang memandang harta itu dengan perasaan teruja terutama kepada mereka yang berilmu agama. Lagi pula kita melihat, tak ada orang yang mati membawa sama harta dan kekayaan mereka ke dalam kubur hatta sekaya mana pun mereka. Semua ditinggalkan di dunia untuk orang lain. Jadilah orang berilmu supaya kita berjaya dunia dan akhirat. 


Saya bila ada baki sayuran serba sedikit, saya akan satukan dan menjadi sayur goreng campur. Saya kalau memasak sayuran, memang tak suka menggunakan banyak bahan. Tekak saya lebih suka yang simple simple sahaja. Contoh, sayur kangkung bawang putih, asparagus bawang putih atau sekadar masuk sedikit sos tiram. Itu sahaja.

Walaupun begitu, dah cukup sedap kerana kemanisan dari pelbagai sayuran itu sendiri sudah cukup untuk menjadi hidangan yang bukan sahaja sedap tapi berkhasiat. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

 

Sayur Campur Goreng 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Sayur yang disukai
4 ulas bawang putih - hiris
1-2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan. 

Masukkan sayur yang agak keras yang memakan masa untuk lembut terlebih dahulu seperti karot, diikuti dengan sayur yang lebih lembut.

Masukkan sos tiram dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan sedikit air untuk sos sebati dengan sayuran. Kacau rata dan tutup api.






Catat Ulasan for "Sayur Campur Goreng Dan Kepentingan Ilmu"