Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cili Kering Dan Dunia Penuh Lakonan



Penat baca berita berita dan topik topik semasa. Serious penat. Ini lah dunia penuh tipu tipu. Penuh lakonan. Yang hitam nampak putih, yang putih dikatakan hitam. Itu dah macam iblis syaiton yang menghasut manusia tat kala sedang nazak. Akan diperlihatkan tipu daya. Yang racun dinampakkan seperti madu, begitu juga sebaliknya. Saat itu, bukan penat tapi takut. Doakan agar dipermudahkan di saat kritikal untuk semua manusia. Supaya kita meninggal dalam iman sebagai seorang muslim.

Sekarang ini, kita dihidangkan dengan pelbagai lakunan bodoh yang seolah kita ni bodoh dan tidak berakal. Kita berakal cuma kita tak terdaya nak melawan atau dah penat nak melayan. Tapi tak penat berdoa pada Allah agar dilindungi dari tipu daya manusia munafik. Kita yakin ada balasannya untuk pengkhianat dan pendusta. 

Tapi jangan terkejut, ramai jer yang percaya, ramai masih mengikut. Kita pun heran sebab boleh nampak terang terangan tapi masih ada orang tak nampak. Umpama dajjal bila turun, akan ramai mengikut kerana terpedaya dengan tipu daya dajjal. Begitu lah dunia hari ini.

Manusia tidak takut untuk berbohong untuk buat dosa. Yang mereka nampak adalah keuntungan dan syurga dunia dengan kuasa dan harta di dunia. Mati belakang kira. Saya sebagai seorang insan, memang menyerahkan semua pada Allah jika ada penipuan dari sesiapa sahaja pada kita. 

Dari pemimpin atau mereka yang diberikan amanah. Jika mereka tidak amanah, mereka berdosa pada kita dan tanggunglah di akhirat kelak. Jadi tak perlu nak susahkan hati dan fikiran walaupun rasa juga geram kerana tertipu.  OK setakat ini dahulu.


Macam dah beberapa hari tak masak nasi goreng untuk sarapan, jadi saya masak nasi goreng pagi ini. Goreng sekali nugget sebagai lauk lah. 

Nugget di UK ni sedap sedap semuanya. Ada pelbagai perisa. Kalau tak lalu makan nasi dengan lauk, saya goreng nugget jer sebagai lauk. Sedap dan cukup perasanya. 

Berbalik pada nasi goreng, saya kalau nasi goreng bahan perisa yang paling saya suka ialah ikan bilis atau daging. Ada salah satu ni, dah cukup kena dengan selera. Alhamdulillah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Nasi Goreng Cili Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
Garam dan gula
2 biji telur
Minyak masak

Bahan kisar kasar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sejemput cili kering
Sedikit ikan bilis

Cara cara:
Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar sehingga air kering. Tuang minyak dan goreng sehingga masak dan terbit minyak. 

Masukkan sedikit garam dan gula. 

Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan nasi dan kacau rata. Sesuaikan rasa. 


Siaap. Sedia untuk dihidangkan. 

Catat Ulasan for "Nasi Goreng Cili Kering Dan Dunia Penuh Lakonan"