Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pancake Untuk Ammar Yahya



Saya memang terasa sangat sedih melihat video kemalangan melibatkan bas yang membawa pelajar UPSI. Rasanya semua rakyat Malaysia juga sedang bersedih mengenangkan kejadian yang meragutkan banyak nyawa. Mengikut, statement Bomba juga banyak jenazah yang tidak sempurna di dalam longkang. Rasanya penghadang besi yang menyebabkan banyak kematian kerana bas terbalik di atas besi dan mengheretnya. 

Apa pun alasan yang diberi oleh pemandu yang masih hidup itu, saya tetap percaya bas dipandu laju. Keluar pulak dashcam menunjukkan saat bas terbalik, lagi sah beliau memandu laju. Nak kata, malaikat maut menunggu dia di situ, dia tak pula mati. Aduhaai lagi sakit hati. Kalau negara ni tak ada undang undang, layak jer pemandu tu disepak terajang. 

Ohh sebelum itu, ramai pulak mengecam owner dashcam yang dikatakan tidak berhenti. Jangan lah mudah mudah mengecam kerana kita tidak tahu apa yang dia hadapi. Mungkin dia pun tak tahu cara membantu atau mungkin keadaan tidak mengizinkan dengan keadaan jalan gelap dan kereta laju, mungkin membahayakan. 

Bukan semua orang tahu cara nak membantu. Tapi dia membantu secara lain dengan kongsi video dashcam untuk membantu penyiasatan polis. Kalau saya lah, saya yang pengsan dulu melihat keadaan macam tu. Belum lagi melihat darah dsb. Tak semua orang cekal macam abang bomba atau polis. Kena lah faham tidak semua orang diberi kekuatan yang sama. 

Pemerhatian saya yang takut memandu kereta di lebuh raya, memang lori dan bas di Malaysia dipandu laju dengan kurang berhemah. Kadang bila kita pandang dia, dia pulak pandang kita semacam. Mereka kadang kadang memotong dan berada di lorong kanan. 

Kerajaan kena bertegas supaya menguatkuasakan peraturan lori dan bas tidak dibenarkan berada di lorong tengah dan kanan. Biarlah mereka lambat pun kerana kemalangan melibatkan lori dan bas akan melibatkan nyawa orang lain. 

Mereka kena rancang perjalanan, tak boleh nak mengejar trip jer. Pastikan pengusaha membayar mereka gaji bulanan, bukan mengikut trip. Semoga arwah yang terlibat dalam kemalangan tersebut mendapat mati sahid kerana dalam perjalanan menuntut ilmu. Aamiin.  


Pagi hari raya kedua, saya menyediakan pancake atas permintaan Ammar. Masa kami di Tesco sehari sebelumnya, saya beli honey untuk masak honey chicken crispy. Terus Ammar minta dibelikan tepung segera Pancake. Nana cakap tak payah beli, minta jer Tok Mama buatkan pancake untuk Ammar. 

Balik rumah, terus dia minta pancake. Saya pujuk dia untuk buat keesokannya kerana saya dah pun masak kuah kacang dan nasi impit yang juga kegemaran Ammar. Takut nanti dia tak makan kuah kacang pulak kalau dah ada pancake. 

Jadinya, keesokan pagi saya menyediakan pancake sebagai menunaikan janji pada Ammar. Bukan sahaja Ammar tapi Aliya juga suka makan pancake dengan honey. Cuma bila di sini, tepung sedikit starchy, jadi kena tambah susu sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Pancake Mudah Untuk Ammar 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
½ sudu besar baking powder - tak guna sebab guna tepung naik sendiri
1 biji telur
¾ cawan susu segar
1 ½ sudu besar mentega - dicair
1 ½ sudu besar gula
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit garam 

Cara cara:
Satukan semua bahan dan pukul rata dengan whisk sehingga tidak berketul. 

Pastikan kuali benar benar panas, baru tuang adunan ikut cawan sukatan supaya saiz pancake sama besar. 
Nota: saya guna 3 sudu besar atau ¼ cawan adunan. 


Bila keluar lubang, terbalikkan. 



Masa hidang letak seketul kecil butter atas dan tuang madu. Atau sedap juga dimakan dengan cocklat. 


Catat Ulasan for "Pancake Untuk Ammar Yahya"