Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London
Bila berpeluang merasai hidup di UK, membolehkan saya membandingkan kelebihan di tempat kita. Ini yang dikatakan hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik lagi di negara sendiri.
Saya memang suka memerhati sekeliling. Melihat kehidupan manusia di sesuatu tempat. Saya dapat merasakan betapa beruntungnya kita di Malaysia. Untung dari pelbagai segi. Di sini, rumah kecil kecil, bilik tidur kecil dan bilik air juga kadang hanya 1 sahaja untuk sebuah rumah.
Bilik master bedroom di sini lebih kecil dari bilik tidur paling kecil di rumah saya. Bilik tidur di rumah saya semuanya menpunyai bilik air. Sebuah rumah tiga bilik di sini, hanya ada 1 bilik air. Rumah saya dengan 9 bilik dan 8 bilik air. Kadang terfikir mereka semua badan bersaiz besar, macam mana pergerakan di dalam rumah dengan tangga yang kecil.
Di sini kita kena berjalan kaki untuk ke mana mana. Atau naik bas dan train. Maksudnya pengangkutan awam. Di tempat kita, keluar pintu rumah, terus masuk kereta dan parking terus tempat dituju. Satu rumah menpunyai sampai 7-10 buah kereta atau lebih.
Makanan di sini tidak banyak “variety” berbanding di tempat kita yang merupakan “food heaven”. Terdapat pelbagai masakan, lauk pauk, kuih muih dari pebagai bangsa. Sarapan pagi makan tengahari dan makan malam meriah dengan pelbagai makanan seolah hidup untuk makan.
Tapi setiap negara ada lah kelebihan yang mungkin tidak ada di tempat kita. Sebagai contoh, mereka memberikan pendidikan percuma. Ammar mendapat persekolahan percuma sedangkan di Malaysia, Nana membayar beribu ribu setiap bulan kerana dia belajar di international school. Cuma sekarang Aliya masuk pre school private yang yurannya £600 sebulan untuk 2 hari seminggu.
Dari segi lain, kos barangan makanan di sini sangat murah. Maksudnya untuk orang yang bekerja di sini yang menerima gaji dalam pound. Banyak makanan di sini yang berharga bawah dari £1. Rasanya tak ada kot atau tak banyak barang di Malaysia yang berharga bawah RM1.00.
Kehidupan mereka di sini, tidak stress macam tempat kita. Petang atau hari minggu, ramai picnic tengah taman. Kerja nampak macam relax jer. Tak boleh kerja melebihi masa tertentu. Kalau tempat kita, balik pukul 6.00 petang, dah nampak macam balik awal. Kadang meeting sampai solat asar pun hampir terlepas. Macam tak cukup kerja. Kena stay back sampai pukul 8.00 malam, baru lah nampak seorang pekerja yang hardwork. Belum kira lagi kena jerit dengan boss dibuat kita macam budak yang tak ada maruah diri.
Anak anak sekolah di sini juga lebih relax, tidak dibebankan dengan pelbagai homework. Mereka juga sangat mementingkan kesihatan mental di mana di setiap perumahan, ada disediakan taman permainan untuk anak anak bermain dan beriadah. Anak anak tak boleh terkurung dalam rumah, nanti mereka akan stress. Hak kanak kanak juga dihormati.
Dari segi penjagaan kesihatan juga, saya mendapat surat dari NHS untuk menjalani ujian pemeriksaan kanser usus. Seminggu kemudian, mereka menghantar “test kit” untuk kita mengambil sampel dan dikembalikan secara pos dalam envelope yang disertakan. Selepas 14 hari mendapat keputusan ujian. Alhamdulillah. NHS juga menelefon untuk menawarkan jika saya mahu melakukan ujian mammogram.
Memang di sini negara berkebajikan, seorang sahabat saya yang telah lama menetap di sini telah diberikan tempat tinggal percuma dengan pelbagai kemudahan. Diberi lagi elaun bulanan seperti pencen untuk warga emas. Dihantar pegawai untuk memeriksa kebajikan beliau.
Tapi apa apa pun, saya suka berada di sini tapi bukan untuk jangka masa lama. Paling lama setahun atau dua sahaja. Sekadar untuk merasa sahaja. Sebenarnya saya suka ke sini kerana ianya tempat shopping barangan berjenama. Tapi saya sekarang tidak lagi membeli kerana apa yang ada pun dah jarang pakai. Sejak di sini, saya jadi takut nak pakai barang kemas pun. Apa lagi nak bawa handbag berjenama.
Namun begitu, saya lebih mencintai negara kita kerana banyaknya kemudahan ilmu dan ibadah untuk persiapan hari akhirat. Merata rata tempat ada nya kelas pengajian, usrah, tadarus dan banyak lagi. Dan yang lebih utama, di sana adanya famili, sahabat sahabat saya dan kenalan saya. Ok setakat ini dahulu. Jom masuk bab masakan pula.
Perasan tak ada masa kita masak sesuatu terasa sangat sedap berbanding dengan hari hari lain walaupun bahan sama dan cara sama. Hahaha gitu lah saya. Nasi goreng hari ini terasa sangat sedap ditekak saya. Makan pula nugget yang diberikan Amna masa ke Peterborough.
Yang saya rasa kelainannya ialah saya menggunakan bawang yang agak banyak dan goreng hampir garing, jadi bau sangat wangi. Keduanya, nasi goreng saya hari ini basah basah sedikit kerana saya menggunakan ikan bilis yang dikisar dengan air. Masa dimasukkan nasi, rencah tumisan masih basah. Jadi bila digaul sekali dengan nasi, nasi jadi sedikit lembut.
Apa apa pun, saya memang penggemar nasi goreng. Kalau untuk sarapan, saya tak perlu nak fikir nak makan apa bila ada nasi goreng. Tak perlu fikir nak makan dengan lauk apa pun. Bukan sahaja sarapan, makan tengahari dan malam pun, saya OK kalau dengan nasi goreng. Cuma pelbagaikan jer nasi goreng tu supaya tidak bosan dengan sejenis jer.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....
Nasi Goreng Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1-2 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai
Sejemput ikan bilis - kisar kasar
2 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak
Bahan hiris:
1 biji bawang besar - saiz kecil
4 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
Masukkan ikan bilis yang dikisar dengan sedikit air. Kacau rata. Setelah sebati, masukkan garam dan kacau rata.
Pecahkan 2 biji telur dan biarkan separuh masak, baru telur dikacau rata. muuaa
Selamat mencuba….
Catat Ulasan for "Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London"
Add your comment