Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Makan Makan Di Camden Market



Sementara saya di sini, saya memang mengutip dan mencatat setiap momen bersama anak dan cucu cucu di bumi England. England yang sejak di bangku sekolah rendah menjadi impian untuk saya jejaki. Pun begitu masa berlalu sangat pantas, masa sangat mencemburui saya. Telah hampir 2 bulan di sini, bererti masa saya di sini cuma tinggal lagi dalam 10 bulan. 

Berbeza datang ke sini untuk bercuti dengan tinggal di sini. Setiap kali datang bercuti, kami akan mengunjungi destinasi yang menarik dan banyak aktiviti seperti makan dan shopping. Tapi bila tinggal di sini, kami mengunjungi ke serata bandar kecil untuk aktiviti harian seperti mencari barang dapur, makan makan atau berkunjung ke rumah kawan. Macam dah boleh hafal laluan bas dari rumah kami ke bandar bandar kecil lain dan juga ke Central London. Begitu juga dengan laluan underground train. 

Tapi memang tak ada pun rasa nak ke Oxford street kerana bukan ada nak shopping apa apa. Kalau sekadar nak makan, di luar central London lagi banyak tempat makan sedap dan lebih murah.  OK sekarang berbalik pada kunjungan ke Camden Market. 

Sebenarnya telah lama saya nak ke Camden Market. Tapi setiap kali ke sini, jadual padat sahaja. Maklum nak ke sana agak jauh dari Central London dan fokus anak anak adalah untuk shopping. Kalau sekadar nak makan, perlu setengah hari juga, rasa macam rugi masa pulak. Itulah perkiraan bila kita datang bercuti. Lagi pulak kos sewa apartment lebih dari RM1000 sehari, menjadikan kita rasa rugi kalau sekadar balik untuk terus tidur kan. 


Bila hari minggu, Nana bertanya kalau saya ada nak ke mana mana. Mungkin kerana dia melihat saya tidak keluar ke mana mana pun. Jadi saya mencadangkan Camden Market. Kami mengambil bas no 1 dari station berdekatan dengan rumah, terus ke station di Camden Market. 

Ketika kami sampai, orang sangat ramai. Rasanya tempat ini memang sentiasa padat dengan orang ramai. Kami mencari kedai Asador yang menjual sandwich dengan ribeye steak. Memang sangat sedap. Lagi pula dah lama saya mencari daging steak. Sementara menunggu order disiapkan, saya mencari tempat duduk untuk makan.



Selepas makan, kami kemudian berjalan ke bahagian lebih ke dalam dan terlihat pulak Smoketeers yang menjual Smoked Brisket and Cheesesteak. Saya order Brisket on fries. Satu portion yang besar boleh dimakan untuk 3 orang dengan harga £14. 

Tapi macam yang saya tulis sebelum ini, tak boleh convert dengan Ringgit Malaysia. Kalau kita dapat gaji dalam matawang pound, memang tak mahal lah kan. Rasanya di tempat kita, tak ada lah makanan seperti ini berharga bawah RM20. Mesti lebih dari RM100 sepinggan. 




Sebelum itu, Nana membawa kami makan ais cream dan fresh frozen yoghurt yang sangat sedap di bahagian belakang sungai. Masya Allah sangat sedap. Ada juga Italian gelato di situ. Saya bukanlah peminat ais krim pun di tempat kita tapi ais krim di sini, sangat sedap. Memang boleh teringat ingat lah. 





We 

Balik kami mengambil bas untuk turun di Waterloo Bridge station untuk ke Jubilee Park yang terletak berdekatan dengan eyes of London. Ammar dan Aliya suka bermain di sini. Banyak kali menyebut untuk ke sini.



Banyak kedai dan gerai makan di sepanjang sungai di sini. Apa yang ada dalam fikiran saya ketika itu ialah betapa tidak terhitung dalam satu saat masa, makhluk Allah yang sedang makan. Inilah aturan Allah yang menjanjikan setiap rezeki pada setiap makhluknya di bumi, di langit dan di lautan. 

Saya sebenarnya punya perasaan pelik bila melihat orang makan, timbul rasa kasihan. Hmm susah saya nak jelaskan apa sebenarnya. Lagi lagi mengingatkan orang makan saat kelaparan. Siapa pun kita, akan terasa lapar. 

Betapa hebat Pencipta alam dan seluruh makhluknya yang mengatur semuanya. Belum lagi dilihat kehebatan ciptaan dan aturan matahari dan bulan dan langit yang tergantung tanpa tiang. Sebenarnya saya seorang yang sangat kuat visualisasi dalam apa apa sahaja. Saya membayangkan semua sekali di sebalik apa yang saya tengok termasuklah dalam kubur. 

Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya jangan risau akan bab rezeki, bab masa depan kerana kita tidak tahu apa yang menunggu di masa depan, apakah ketakutan atau kerisauan itu akan terjadi? 

Sepanjang hidup saya pun, semua kebimbangan tidak terjadi pun malahan digantikan dengan solusi yang Allah aturkan. Contoh yang paling besar ialah pembinaan rumah saya dan juga pengajian anak anak. Rumah akhirnya siap dengan tidak tahu macam mana saya boleh menyiapkan dengan kos di bawah RM1 juta. Anak anak pula semua belajar dan bekerja mengikut apa yang kami pohon dan doa pada Allah. 

Cuma sifat semulajadi yang mudah lupa, akan kembali risau dan memikirkan bukan bukan sebelum ianya terjadi. Sedangkan Allah sentiasa menghantarkan solusi mengikut yang sesuai dengan keperluan kita. Banyak kali ustaz ustaz berpesan bab ini tapi macam biasa lah. Dengar sekejap, ikutlah sekejap. Lepas tu, mula balik pada perangai lama. Itulah manusia terutama saya sendiri.

Hahaha dan terjauh pulak ya. OK setakat ini dahulu, catatan perjalanan kami di London untuk kali ini sekadar untuk kenang kenangan. 


Catat Ulasan for "Makan Makan Di Camden Market"