
Assalamualaikum semua. Semoga semua berada dalam rahmat Allah. Sudilah kiranya anda semua klik follow blog dan klik iklan yang keluar di blog saya ya. Terima kasih atas kerjasama anda semua.
Saya ingin kongsikan salinan dari Instagram Jom Dakwah yang agak menarik untuk kita renungi dan buat muahasabah diri. Ustazah pernah cakap, kita ni hanya sendirian di dunia. Dan tujuan kita cuma satu iaitu untuk beribadah kepada Allah. Tapi atas ihsan Allah kepada kita, dikurniakan kita ibu bapa, kawan kawan, isteri, suami.
Semua itu hanyalah PINJAMAN. Sekelip mata DIA boleh ambik balik. Dalam bentuk ajal, jodoh (bercerai), dan macam macam lagi. Hakikatnya, memang kita sendirian, kita cuma ada Allah. Sebab tu kita tak boleh ada rasa memiliki, sebab memang semua tu bukan milik kita termasuklah anak kita sendiri.
Semuanya milik Allah. Bila kita milik Allah, kita kena laksanakan semua tanggungjawab yang diperintahkan Allah. Termasuklah tanggungjawab pemimpin kepada rakyat, suami kepada isteri, ibubapa pada anak anak dan anak anak pada ibubapa serta sesama manusia.
Saya menyentuh sedikit bab paling basic yang semua orang punyai iaitu keluarga. Semua orang tahu tanggungjawab ini. Tapi betapa ramai suami yang tidak menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri. Sedekahlah berpuluh ribu sekali pun, tapi kalau kedekut dengan isteri sendiri, Insya Allah tak selamat dunia dan akhirat.
Ini belum lagi kes suami curang, dengan perempuan lain tunjuk banyak duit tapi dengan isteri tunjuk diri papa sehingga tidak mampu memberi nafkah walaupun RM10 kepada isteri. Tak pasti kalau orang macam ni selamat dan dia cuma mengharapkan dosa dia dimaaf dan dihalal tanpa berusaha untuk melunaskan tanggungjawab ketika masih hidup. Sedangkan dia masih ada tulang empat kerat untuk bekerja dan masih menerima pendapatan. OK setakat ini dahulu.
Sebenarnya saya lebih suka gulai ayam berbanding kari ayam. Nampak macam sama tapi sebenarnya tidak sama. Gulai ayam Kelantan yang dimakan dengan nasi berlauk atau nasi dagang memang sedap. Kuahnya kelihatan berlemak dengan sedikit terbit minyak. Ianya tidak diseliputi dengan lapisan minyak seperti mana kari.
Biasanya untuk gulai ayam menggunakan rempah khas gulai ayam dan menggunakan santan segar. Santan akan dimasak dulu sehingga mendidih. Baru dimasukkan bahan tumis. Kalau guna santan kotak, tak berapa cantik kejadiannya. Akhir sekali akan dimasukkan lada solok untuk memberikan aroma lain.
Nak lagi sedap, masukkan nasi dalam bekas, letak ayam dengan kuahnya, masukkan hirisan timun dan sambal jate. Tutup bekas, barulah ada aroma nasi berlauk dan nasi juga akan menjadi bekak dengan kuah. Wallaa sedapnya.
Kalau tanya saya, lauk hari ini adalah kari ayam, bukan gulai ayam. Ada rahsia juga yang diguna dalam menyediakan gulai ayam. Itu rahsia di kalangan peniaga nasi berlauk atau nasi dagang lah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....
Kari Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
11 keping kepak ayam - 350 gram
1 ½ sudu besar rempah kari ayam
Bahan hiris
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
½ sudu kecil cili kering kisar
200 ml santan kotak
½ sudu kecil pes asam jawa
Sedikit gula Melaka
Sedikit gula
Garam secukupnya
Serbuk perasa - tak letak
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga keperangan, masukkan rempah kari. Perlahankan api. Kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangit.
Kacau rata sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air lagi dan ulang tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan pes asam Jawa, garam dan gula sedikit dulu. Kacau rata.
Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan santan dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih, rasakan kuahnya. Masukkan gula Melaka dan apa apa lagi tidak cukup.

Setelah ayam masak dan kuah sedikit pekat dan terbit minyak, boleh tutup api. Siaap
Catat Ulasan for "Kari Ayam Dan Bab Tanggungjawab"
Add your comment