Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari Raya Aidil Adha Di London


Alhamdulillah ini adalah kali pertama saya beraya di luar negara. Walaupun beraya dalam serba kekurangan, tapi cukup meriah bila bertemu dengan ramai warga Malaysia di majlis hari raya di rumah Dilla. 


Entah macam mana silap percaturan bila kedatangan saya ke London kali ini, terpaling sempoi di mana baju raya pun saya tak bawa, baju biasa pun ada beberapa helai sahaja, handbag pun tak bawa. 

Jadi sementara menunggu anak anak datang, saya pakai jer apa yang ada dan pakai ulang ulang. Kalau pergi bercuti biasa pun, saya akan bawa baju banyak sehingga ada yang tak sempat pakai dan handbag 2 atau 3 biji serta kasut extra. 

Walaupun dah sebulan di sini, belum bertemu lagi dengan kedai kedai yang menjual barang barang untuk masakan Malaysia di persekitaran tempat tinggal kami. Jadi hasrat nak menyediakan juadah raya, memang terpaksa dilupakan.  Cari beras pulut tak jumpa, cari beras wangi pun tak jumpa. Jadi tak adalah pulut kuning atau nasi dagang. 


Saya beritahu Nana yang saya hanya menyediakan nasi impit dan rendang ayam sahaja untuk juadah raya. Rendang pun menggunakan pes rendang ready to cook Azie Kitchen. Tapi bila Nana tengok ada nasi impit, dia mencadangkan agar saya memasak kuah kacang. 

Jadi pagi pagi raya pertama, kami keluar ke Tesco di Surrey Quays mencari kacang tanah dan lain lain barangan dapur. Seharian di dapur kerana memasak lauk macam kuah kacang ni, nak sedap kena ikut steps yang betul dan menumis lama lama. Kalau dah di dapur, memang lupakan lah bab baju raya kan. 

Hari raya kedua, saya menyediakan pancake yang diminta oleh Ammar untuk sarapan. Selepas sarapan, baru lah kami bersiap memakai baju melayu dan bergambar buat kenangan. Nak mengambil gambar dengan Aliya ni, memang struggle. Hahaha 



Setelah selesai bergambar, kami ke Walthamstow untuk mengambil basikal yang Nana beli. Saya terkejut juga dapat tahu harga basikal tersebut. Tak pernah tengok sebelum ini, rasa macam lucu lah juga. 


Pada mulanya, saya suggest beli motorsikal sahaja tapi risau juga sebab sekarang banyak kes jenayah di mana penjenayah akan memaksa untuk menyerahkan motorsikal atau basikal ketika di jalan raya. Bukan curi ketika tak ada orang, macam dulu dulu. 

Itu sebab sepanjang di sini, saya tak berani nak pakai barang kemas dan jam pun tak pakai. Ada kawan beritahu, boss dia ketika berjalan kaki balik ke hotel telah dihampiri seorang lelaki yang menghulurkan pisau dan meminta diserahkan jam rolex beliau yang berharga ratusan ribu. Tak mahu mengambil risiko, dia pun buka dan bagi. Ya lah duit boleh cari kan, tapi nyawa jangan ambil risiko.

Dari Walthamstow, Alain, Aliya dan Ammar naik basikal ke rumah Dilla yang terletak berhampiran dengan Westfields. Saya dan Nana pula mengambil bas. 

Sesampai di rumah Dilla, hujan mulai turun renyai renyai. Kawan kawan Dilla pun dah ramai sedang menjamu selera. Antara juadah yang disediakan ialah nasi tomato, ayam masak rose, soto ayam dan roti jala dengan kuah durian. 

Soto ayam dengan begedil memang "win". Roti jala dan kuah durian pun sama. Lagi lagi lah dah lama tak makan durian. Bila di perantauan, jumpa jer masakan Malaysia, memang sedap lah.


Seperti biasa bila bertemu beramai ramai, acara bergambar akan menjadi acara wajib lah kan sebagai kenang kenangan. Semua pun sporting bila diajak bergambar. 



Semasa balik kami singgah di Westfield Shopping Centre, dan lalu depan Restoran Rasa dan ternampak ownernya, Puan Azlina. Saya menegur dan kami bersembang seketika sebelum beredar. Kami ambil train dari Stratford Station ke Bermondsey Station. 


Alhamdulillah hari raya Aidil Adha kali ini, penuh kenangan. Balik ke rumah, saya tidur awal dek keletihan. Akhir sekali, selamat hari raya sekali lagi buat semua follower saya di mana anda berada. Luv u….


Catat Ulasan for "Hari Raya Aidil Adha Di London"