Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cekodok Pisang Di London

 


Selama ini saya hanya mendengar sahaja atau membaca bab negara 4 musim. Berbeza dengan negara kita yang panas sepanjang tahun kecuali musim tengkujuh, akan hujan dan kadang kadang banjir. 

Saya tiba di London, musim spring yang sangat best. Dengan cahaya matahari yang terang benderang tapi cuaca sejuk dengan angin. Ketika ini bunga bunga terutama bunga ros pelbagai warna dan saiz berkembang di sana sini. Cuaca tidak panas dan tidak sejuk menjadikan berada di dalam rumah, rasa nyaman jer walaupun tanpa aircond dan kipas.

Sekarang musim spring dah hampir berakhir dengan diganti dengan musim summer. Cuaca mulai panas. Walau pun dah biasa di negara kita dengan cuaca melebihi 30 degree, tapi cuaca di sini walaupun 27 degree, terasa sangat panas. Cuaca kering menjadi kita merasa panas di dalam badan terutama bila kurang minum air. 

Saya terbaca satu posting di Instagram yang menyebut material binaan rumah di UK dibuat untuk mengekalkan kepanasan dalam cuaca sejuk. Kurangnya ventilation di rumah rumah di sini juga menjadikan udara panas terperangkap di dalam rumah. 

Kedua, kerana UK mengalami kelembapan yang tinggi di dalam cuaca panas. Kelembapan udara ini menjadikan badan kurang berpeluh yang mana peluh merupakan sistem penyejukan semulajadi badan. Jadi kita rasa panas dari suhu sebenar. Itu yang kita rasa lebih panas dari Malaysia yang suhu memang lebih tinggi dari UK. 

Musim yang saya belum pernah alami di UK ialah musim autumn atau musim luruh di mana dedaun mula bertukar warna merah, kuning dan keperangan. Ketika ini sangat cantik untuk bergambar. Haa saya memang teruja untuk menunggu kedatangan musim itu. Ok setakat ini dahulu, catatan merapu saya kali ini. Hahahaha


Betul lah yang diberitahu kalau nak memasak samada lauk pauk atau kuih muih di UK ni agak mencabar. Tak boleh sekadar guna resipi dan ikut. Kena test juga dengan menggunakan bahan bahan di sini. Pendek kata kena buat percubaan juga. 

Pertama selain tekstur bahan yang berbeza, juga kerana air di sini yang dikatakan kategori “hard water” yang dari batu kapur. Ianya dikatakan mempengaruhi pada kejadian masakan kita. 

Macam cekodok pisang yang saya buat hari ini. Pisang perlu dipastikan benar benar masak. Kalau boleh biar sampai lebam kulitnya. Baru lah rasa sedap. Bahan lain sama sahaja cuma perlu melihat sukatan gula dan tepung yang digunakan. 

Untuk cekodok ini, saya buat beberapa kali percubaan untuk mendapatkan cekodok yang sedap dan kena dengan selera. Itu pun saya ikut juga panduan dan tips dari Puan Azlina, owner Cafe Rasa Malaysia di Westfield. Sebelum ini saya beli pisang yang diberitahu pisang for cooking. Tapi ianya keras dan tak ada rasa pun. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Cekodok Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji pisang - lebih kurang 440 gram
4 sudu besar gula pasir
Sedikit garam

½ cawan tepung naik sendiri - 4 sudu besar

¾ cawan tepung gandum - 7 sudu besar


Cara cara:

Satukan semua bahan dan biarkan seketika. 

Panaskan minyak sehingga betul betul panas. Kemudian perlahankan api. 

Basuh tangan dan jemput dengan jari. Cekodok yang masak akan timbul di permukaan minyak. Balik balikkan supaya masak sekata. 

Angkat dan tos. Sedia untuk dinikmati. 


Nota:
Sedap juga jika diganti ½ cawan tepung naik sendiri dengan ½ cawan tepung beras. Rangup di luar dan lembut di dalam. 


Catat Ulasan for "Cekodok Pisang Di London"