Ayam Masak Halia dan Pakar Perubatan
Alhamdulillah minggu ini adalah minggu kedua anak saya, Nana mula bertugas di Moorfields Eyes Hospital sebagai fellowship untuk sub kepakaran dalam "medical retina". Nana sekarang adalah doktor pakar mata.
Sekembali ke tanah air, dia akan kembali berkhidmat di Hospital UiTM Puncak Alam. Nana memang tidak pernah berhajat untuk berkhidmat di hospital swasta kerana memang dia ingin berkhidmat kepada negara melalui hospital kerajaan. Sesiapa nak daftar jadi "patient" Nana, boleh cari dia di sana nanti. Hahaha.
Kepakaran doktor di hospital kerajaan memang tidak dapat dinafikan lagi. Bayangkan doktor hospital swasta mungkin merawat 10 patient sehari tapi doktor hospital kerajaan melihat pelbagai kes dengan pelbagai "complexity" sehingga 50 kes sehari.
Banyak juga kes bila ada masalah dengan rawatan di hospital swasta akan mendapat rawatan susulan di hospital kerajaan. Jadi jangan pandang rendah pada kepakaran doktor di hospital kerajaan. Belum kira lagi harga perkhidmatan, sebagai contoh, kos mencuci eye lashes di hospital swasta lebih RM500, sedangkan di private wing Hospital UiTM hanya RM100 lebih.
Hari itu ada terbaca berkenaan kononnya kekurangan kakitangan perubatan di hospital kerajaan di mana kerajaan bercadang untuk menambahnya. Pada saya, adalah lebih bijaksana jika sekiranya dapat mengekalkan doktor sedia ada di hospital kerajaan dengan melihat semula struktur gaji dan pakej perkhidmatan mereka.
Memang ramai kakitangan perubatan dan doktor pakar terlatih meninggalkan perkhidmatan dan join hospital swasta. Siapa tak nak kan? Kalau di dalam kerajaan, gaji hanya RM15-20K tapi kalau di hospital swasta boleh dapat RM200K sebulan. Banyak dan ketara sangat bezanya.
Untuk mendapat kepakaran, apa lagi sub kepakaran macam Nana, mengambil masa sekurangnya 15 tahun belajar dari degree sehingga selesai. 15 tahun bukan sikit sikit masanya, anak baru lahir dah berumur 15 tahun.
Jadi kena diagnos yang betul kepada punca kekurangan pakar perubatan, baru lah dapat memberi ubatan yang tepat kepada penyakit yang dialami. Jangan sakit kaki kanan tapi dirawat kaki kiri gitu.
Kadang tak pasti macam mana pakar strategi di jabatan kerajaan berfikir dan mencari solusi kepada sesuatu isu berbangkit. Mungkin terlalu banyak red tape untuk kemukakan sesuatu cadangan pun mengambil masa berbulan dan bertahun. Belum lagi untuk mendapat kelulusan dan untuk pelaksanaan. OK setakat ini dahulu. Jom masuk bab masakan.
Saya hari ini memasak lauk ayam masak halia. Adui susah juga kerana cuba nak bagi rasa sama dengan Malaysia. Walaupun bahan digunakan sama tapi rasanya berlainan. Contoh bawang merah dan halia. Tak pasti lah kalau halia yang saya beli jer, rasanya bukan wangi macam halia tempat kita.
Masak halia ni ada beberapa cara samada suka berkuah atau suka pekat melekat di ayam. Semua terpulang selera.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua….
Ayam Masak Halia
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 ketul ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
Bahan lain:
1-2 sudu besar sos tiram
Garam
Kiub pati ayam
2 biji cili hidup - merah & hijau
Daun bawang
Bawang Holland
Cara cara:
Goreng ayam sehingga masak. Tapi jangan goreng garing. Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak sama, tumis bawang merah bawang putih halia banyak banyak.
Masukkan ayam goreng. Jika suka berkuah masukkan sedikit air. Jika tak, jangan masuk air.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Sedikit sos tiram.
Akhir sekali masukkan cili merah dan hijau hiris serta bawang Holland hiris.
Sedia untuk dihidangkan.
Catat Ulasan for "Ayam Masak Halia dan Pakar Perubatan"
Add your comment