Ayam Goreng Madu Yang Sangat Sedap
Alhamdulillah kita bersua lagi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada follower saya yang telah singgah di blog dan sudi pulak untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Alhamdulillah rezeki untuk saya melalui sokongan anda semua.
Telah hampir sebulan setengah, saya di London. Bagi mengisi masa, saya memasak setiap hari untuk makan pagi, tengahari dan malam. Juga kalau ada lebihan, simpan untuk bekal Nana ke hospital.
Maklumlah bukan senang nak cari makanan halal dalam masa rehat yang pendek. Melainkan pergi jer ke restoran yang sama setiap hari.
Ada juga kantin di hospital tapi tak pasti lah kalau ayam yang dijual adalah halal. Ada jer rakan rakan dia dari negara India yang selamba makan. Maksudnya rakan beragama Islam kalau tengok dari nama.
Di sini pun kalau beli ayam atau daging, kita akan tengok sijil halal yang digantung di belakang butcher. Ada di Tesco, ASDA dan kedai kedai Arab yang menjual ayam dan daging halal.
Ada yang menulis komen pada saya di youtube saya bahawa di UK, semua benda ada dijual. Ya betul, semua benda dan bahan memasak ada dijual. Tapi kadang tak ada dijual di kedai yang dekat dengan rumah. Nak berjalan 1 km juga untuk ke kedai kedai yang menjual makanan halal.
Malahan sehingga sekarang saya belum menemui lagi kedai yang menjual ikan basah dan udang segar. Hanya sekali ada jumpa kedai di Lewisham tapi bila saya masuk, kedai dah nak tutup.
Kalau tak nak jalan kaki, nak naik bas boleh juga. Tapi nak ke bus stand pun kena berjalan jauh juga. Dah berjalan jauh dan di sini, belanja kalau dalam RM tinggi juga. Rasa sekejap jer top up kad oyster £10, sekejap jer dah habis.
Makan aiskrim gelato pun £7 dah bersamaan dengan berapa RM tu. Jadi memang kata orang kalau di sini, jangan convert tapi kalau duit kita memang dalam RM, laju juga habisnya. Lain lah kalau income memang dalam pound.
Tak sampai hati nak susahkan Nana nak minta makan itu ini. Dia pun belum lagi dapat gaji pertama di sini. Jadi banyak lah duit saving dia yang mengalir laju.
Menjawab kepada komen tersebut, memang semua ada tapi tak semudah yang kita fikir seperti mana di Malaysia. Saya pun bukan muda lagi, untuk ke sana sini seorang diri. Kalau supermarket berdekatan ok lah lagi. Tapi sehingga kini, belum pernah lagi saya baik bas atau train seorang diri. OK lah setakat ini dahulu.
Serious lah sedap ayam goreng madu ni. Saya kebelakangan ini tak berapa suka makan ayam. Kalau tengok lauk ayam, tak berapa berselera makan. Saya masaklah juga lauk ayam kerana Nana tak makan daging dan kurang gemar makan ikan.
Punya lah sedap ayam goreng madu ini sampai saya menambah nasi lah tengahari ni. Aduhaai kalau ikutkan nak tambah sekali lagi tapi kena kontrol makan. Maklum dalam cuaca sejuk ni, memang berselera makan nasi putih panas panas.
Kalau tak ada idea nak masak apa, saya suggest anda masak lauk ni. Bahan pun simple kan. Pasti anak anak lagi suka bila ada rasa manis manis madu. Kemanisan tu ikutlah citarasa masing masing.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Ayam Goreng Madu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram kepak ayam
Tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Bahan sos:
5 ulas bawang putih - cincang
1-2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar madu
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
2 sudu besar kicap manis
Cara cara:
Celup ayam dalam tepung jagung dan goreng sehingga garing kekuningan. Angkat dan ketepikan. Jika suka, boleh juga buat double fry untuk lebih garing.
Nota: boleh campur tepung beras dan tepung jagung.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang dicincang halus sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar, kacau rata sehingga cili masak.
Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Masukkan madu dan gula secukupnya.
Masukkan ayam goreng dan kacau rata sehingga bahan sos bersalut pada ayam.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Boleh hias dengan daun bawang atau bijan.
Catat Ulasan for "Ayam Goreng Madu Yang Sangat Sedap"
Add your comment