Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Nasi Lemak Legend



Haa tajuk nya kan? Kenapa sambal nasi lemak legend? Ini adalah kerana zaman dulu, bila beli nasi lemak, afa sambal ikan bilis di dalamnya. Sekarang memang susah nak jumpa. Ramai jual nasi lemak dengan sambal kosong. Ikan bilis mungkin dah dikisar dan dimasukkan dalam sambal tumis. 



Nasi lemak kemudian dijual dengan telur rebus dan timun serta kacang tanah. Jika bernasib baik, ada yang letak beberapa ekor ikan bilis goreng. Dah sangat rare, orang jual nasi lemak dengan sambal ikan bilis. 

Sambal ikan bilis ni pulak ada bermacam cara. Ada yang digoreng garing dan dimasukkan dalam sambal. Ada yang digoreng sekadar layu sebelum dimasukkan ke dalam sambal. 

Cara saya hari ini ialah ikan bilis mentah dimasukkan ke dalam sambal yang telah masak. Biasanya orang kampung dulu dulu, masak sambal ikan bilis macam ni. Ikan bilisnya lembut. Saya memang lebih suka cara ini. Sangat nostalgia gituuu. 


Seperti yang saya tulis memasak sambal ni memakan masa. Paling singkat tu 2 jam. Belum kira lagi persiapan bahan dsb. Belum kira lagi masa untuk membersih kesan mercik sambal di dapur dan dinding. 

Jadi kalau nak jimat masa dan kos, beli jer pes sambal nasi lemak legend Azie Kitchen. Tinggal masuk ikan bilis, masuk sedikit air dan bawang besar hiris, dah siaaap. 

Kos bahan juga bukan murah, minyak yang guna banyak. Belum lagi kira kos bahan untuk memasak seperti gas dsb. Boleh dapatkan di tiktok dan shopee. Boleh klik link shopee di SINI

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. 



Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 genggam ikan bilis
Garam
Pes asam jawa
Gula Melaka
Sedikit gula
Minyak masak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
2 genggam cili kering - kisar asing


Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bawang kisar sehingga terbit minyak, baru dimasukkan xili kisar. 

Tumis atas api perlahan sehingga terbit minyak. Tuang air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang 3-4 kali proses ini sehingga bahan tumis masak sempurna. 

Masukkan air asam jawa, gula Melaka, garam dan gula secukupnya. Tumis sehingga benar benar garing. 

Masukkan ikan bilis yang telah dibasuh. Jika suka, boleh rendam dengan air panas seketika. Kacau rata sehingga ikan bilis masak. Tutup api. 


Nota:
Proses memasak sambal tumis ini memakan masa hampir 2 jam kerana perlu ditumis lama atas api perlahan. 



Catat Ulasan for "Sambal Nasi Lemak Legend"