Nasi Goreng Telur Untuk Sarapan
Saya memasak nasi goreng telur untuk sarapan. Masak yang biasa sahaja supaya tidak pedas. Yang penting, nasi goreng ini mesti ditabur dengan bawang goreng premium Azie Kitchen.
Di London ni, susah untuk dapat bawang merah, apalagi bawang merah rose dari India yang saya guna untuk bawang goreng. Jadi warga Malaysia di United Kingdom, cepat order bawang ini selagi stock masih ada.
Jangan kecam tau. Sebab sehingga kini saya mengagumi semua ciptaan Allah. Kali ini nak sentuh bab telur ayam berwarna putih di negara luar. Kalau di tempat kita, telur ayam berwarna keperangan. Telur itik berwarna putih. Tapi di luar negara, ada telur ayam berwarna putih. Masya Allah.
Saya pertama kali melihat telur ayam berwarna putih semasa di Amerika Syarikat tahun 1993. Masa tu, memang jakun lah sikit. Tapi sehingga kini, saya sangat sangat teruja. Hahaha bukan sahaja telur, bila saya melihat manusia dengan pelbagai rupa dan warna kulit pun saya sangat teruja betapa hebat ciptaan Illahi.
Bayangkan ada manusia bermata warna hijau, biru. dan hazel. Ada rambut berwarna blonde. Ada pula, orang berkulit hitam. Bila saya melihat orang sekeliling, saya melihat dengan hati yang mengingati kehebatan ciptaan manusia.
Masya Allah, siapa pun kita, apa pun kejadian kita, saya sentiasa mengingatkan diri untuk bersyukur kerana kita Hamba Allah yang diberikan keimanan.
Saya memasak nasi goreng telur ini dengan menggunakan bahan bahan simple jer. Budak budak pun suka yang tidak banyak bahan, cuma letak sedikit mentega untuk rasa dan aroma yang lebih sedap.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....
Nasi Goreng Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Nasi putih - semalaman
3 biji telur - kacau rata
5 ulas bawang putih - cincang
Serbuk lada sulah
Sedikit garam
1 batang karot - potong dadu
1 sudu besar mentega
Minyak masak
Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur yang telah dikacau rata untuk dijadikan seperti telur scramble. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.
Tambah minyak jika perlu. Tumis bawang putih cincang sehingga keperangan. Masukkan karot dan kacau rata.
Masukkan serbuk lada sulah dan garam. Masukkan nasi dan kacau rata.
Akhir sekali, masukkan telur yang digoreng tadi. Kacau rata. Sebelum tutup api, masukkan mentega dan kacau rata. Sesuaikan rasa. Boleh tutup api.
Catat Ulasan for "Nasi Goreng Telur Untuk Sarapan"
Add your comment