Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap



Saya sekarang walaupun berada di London tapi ada juga lah baca perkembangan gossip panas di tanahair. Sebab lepas subuh, buka jer handphone mesti nampak posting di IG, tiktok dan thread yang mengutuk ngutuk orang lain yang rasanya tak ada kena mengena dengan penulis post. 

Bukan lagi tuan badan yang disakiti yang mengutuk tapi dah macam “franchise” di mana ada agent yng mengutuk dan cuba menutup rezeki orang lain. Cukup cukup lah mengutuk dan membuat dosa. Cuba stop dan ambil tasbih dan mulai berselawat. 

Kalau ikut kata ustaz ustaz, yang ketua atau yang memulakan akan dapat juga bahagiannya. Bab kisah pembunuhan pertama di muka bumi Habil dan Qabil di mana beliau telah set precedent dengan menunjukkan pembunuhan dan cara menanam orang yang dibunuh. Jadi setiap kes pembunuhan di dunia dari dulu sehingga kini, Qabil juga akan dapat share. Haa gitu. 

Jaga lah keluarga sendiri. Jangan setiap hari dok post mengutuk pasal penyondol tu seolah dia yang disakiti. Cukuplah. Segan lah bila melakukan perkara yang berdosa secara terang terangan. 

Saya tidak menghalalkan dan menyetujui perbuatan sondol menyondol tapi setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah sebagai ujian untuk hambaNya. Pasti ada hikmah dan keindahannya yang Allah sembunyikan. Siapa yang sabar akan diberi pahala. Tapi sabar yang terus disaat tersebut. Bukan selepas meroyan, baru nak sabar. OK setakat ini dahulu dari saya yang juga banyak kelemahan tapi cuba memperbaiki diri dari masa ke semasa. 



Saya menyediakan daging masak kicap kerana tiada lauk lain yang nak dimasak. Ada ikan ikan tapi seperti biasalah anak anak tak suka makan ikan. 

Ayam pulak dah kehabisan kerana semua diguna untuk memasak rendang. Ini adalah masakan yang saya masak ketika masih di rumah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…



Daging Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300 gram daging
1 batang serai - opsyenal
1-2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Sedikit pes asam jawa
Kicap manis secukupnya
Bawang Holland - hiasan 
Cili padi/cili merah - hiasan
Serbuk perasa/kiub pati ayam
Sedikit gula - opsyenal

Bahan tumbuk:
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.

Masukkan sos tiram dan kicap manis secukupnya. Kacau rata. Masukkan air dan sedikit pes asam jawa, gula dan serbuk perasa. 

Akhir sekali masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Masukkan bawang besar dan cili sebagai hiasan. 



Nota:
Jika suka, boleh masukkan ubi kentang yang digoreng terlebih dahulu. 

Catat Ulasan for "Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap"