Ayam Masak Kicap Masakan Pertama di London
Memulakan kehidupan di rantau tidak semudah di negara sendiri. Hari pertama sampai dah malam, memang kepenatan selepas berjam jam dalam penerbangan. Yang terlarat, sekadar mengemas bag pakaian sahaja. Lepas tu, dah masuk tidur.
Jadi kami hari ketiga, baru boleh memasak sendiri. Rumah ini tidak menpunyai kelengkapan dapur yang basic seperti pisau, sudu garfu, senduk, periuk kuali dll. Semua tak ada. Yang ada hanya lah pinggan dan mug.
Jadi peralatan basic yang perlu dibeli adalah agak banyak. Selain peralatan memasak, kami juga perlu mencari bahan asas untuk memasak seperti beras, garam, gula, minyak masak, bawang bawang dan sos. Saya. langsung tak bawa kerana luggage yang memang dah banyak dan berat.
Kata Nana, adui terasa lah duit keluar mencurah curah, bila kita melihat duit dalam akaun bank yang dibelanjakan di dalam ringgit Malaysia. Nasib baik kerana Nana menerima gaji dalam matawang pound, jadi tidak lah terasa sangat conversion matawangnya.
Hari pertama di sini, kami hanya order makanan secara delivery. Itu pun saya tak makan kerana dah tertidur awal. Fokus pada hari kedua lebih kepada urusan asas seperti urusan perjanjian penyewaan, mendapat kemudahan wifi untuk Ammar dan Aliya menggunakan handphone dan tab, mencari keperluan mandian dsb.
Saya pun tidak ikut keluar kerana masih tidak sihat, jadi agak susah juga untuk mereka membawa barangan yang dibeli dengan menguruskan Aliya lagi.
Hanya pada hari ketiga, baru saya ikut keluar dengan berjalan kaki untuk mencari peralatan memasak dan bahan bahan untuk memasak. Peralatan memasak dibeli di Argos. Kedai ini kita hanya order berdasarkan katalog yang disediakan tanpa melihat barang secara fizikal. Yang best, nyer jika beli sebelum waktu tertentu, boleh dapat same day delivery.
Dari situ, baru kami berjalan ke kedai kedai Zaitoon halal mart untuk mencari beras, ayam, daging, telur, sayuran dan gula garam. Pun tidak dapat membeli banyak sangat kerana susah untuk membawa balik. 1 ekor ayam yang dalam 1 kg beratnya berharga £4.50. Jika mahu ayam bersaiz besar, harga ikut timbangan berat. Daging pulak dalam £11.00 sekilo bergantung kepada bahagian daging.
Balik jer, saya terus memasak untuk makan malam. Selepas selesai memasak, kami keluar ke playground berdekatan. Haa itu lah kisah hari hari yang sibuk untuk kami di sini.
Kalau ke sini, kami selalunya duduk di Airbnb yang menpunyai peralatan asas dapur yang boleh digunakan. Barang untuk memasak pun kami bawa. Jadi sebaik sampai, bolehlah memasak yang simple simple. Paling tidak pun, masak maggi.
Tapi yang best nyer, rumah ini menpunyai perabut dan televisyen. Kalau tidak, lagi lah banyak kena beli sendiri jika menyewa rumah kosong. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab masakan pertama saya di London kali ini.
Saya memasak ayam masak kicap sahaja kerana lauk ini paling mudah dan disukai oleh Ammar pun. Sekejap jer memasak dah siap. Makan pula dengan nasi beras basmati di sini yang sangat sedap. Ada rasa seperti beras wangi. Serious nasinya memang sedap. Harga dalam £5.00 untuk 2 kilo.
Satu yang saya perhatikan, agak sukar untuk mendapatkan bawang merah di sini. Jika ada pun bawang merah besar atau bawang merah yang jenis tak sama dengan bawang merah tempat kita. Jadi saya guna jer apa apa bawang yang ada.
Hahaha warga Malaysia di UK, jika nak membeli bawang goreng premium Azie Kitchen, boleh DM saya di Instagram atau facebook. Kat sini pasti tak jumpa bawang goreng seperti bawang goreng premium Azie Kitchen.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....
Ayam Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram ayam
Garam
Serbuk kunyit
Bahan hiris:
1 biji bawang Holland
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hidup
Bahan lain:
1/2 ketul kiub pati ayam
1-2 sudu besar sos tiram
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak masak
Sedikit air asam jawa
Cara cara:
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan hiris sehingga wangi. Kemudian masukkan semua bahan lain. Setelah mendidih, masukkan ayam dan biarkan merenih sehingga ayam sebati dengan kuah kicap.
Setelah kelihatan berkilat, bolehlah tutup api.
Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Masakan Pertama di London "
Add your comment