Aglio Olio Di London
Dalam banyak banyak negara, UK lah negara yang paling kerap saya kunjungi. Mungkin sebab dari kecil, hanya tahu England sahaja. Itu pun sebab 2 orang jiran sekampung yang anak mereka pandai dalam pelajaran melanjutkan pelajaran ke England. Mereka dah jadi macam icon untuk anak anak kampung.
Setiap kali ke sini, saya datang dengan melihat waktu cuti yang sesuai serta jika menpunyai majlis tertentu seperti konvokesyen di mana 2 orang anak kami belajar di sini.
Kebiasaannya saya ke UK bulan Disember, Januari, Februari, Mac dan sekali dalam bulan September. Jadinya saya tidak pernah berada di sini dalam bulan Mei seperti sekarang.
Bulan Mei di mana musim spring dengan matahari bersinar cantik tapi masih tetap sejuk. Bunga bunga cantik berkembang di sana sini terutama bunga Ros yang beranika warna dan corak.
Waktu ini juga siang sangat panjang di mana waktu Isyak masuk pukul 9.50 malam dan waktu Subuh pukul 3.30 pagi. Waktu malam menjadi sangat pendek. Pukul 8.00 malam masih terang benderang seperti pukul 5-6.00 petang sahaja. Yang penting saya berada dalam keadaan nyaman sahaja walaupun tanpa kipas dsn aircond.
Kesemua ini adalah pengalaman baru buat saya. Alhamdulillah dapat merasai keindahan dan keunikan musim spring. OK setakat ini dahulu.
Saya masa baru baru belajar memasak masakan Barat, ada rujuk pada website dan youtube masakan mat saleh. Ketika itu, tiada lagi atau sikit sahaja youtube masakan Melayu.
Cara memasak pasta Aglio Olio yang asalnya ialah hanya menggunakan minyak zaitun dan bawang putih sahaja. Boleh klik di SINI. Minyak zaitun kena banyak. Tiada yang lain lagi digunakan seperti daging dsb. Tapi biasalah bila memasak, gunalah citarasa sendiri sebab kita yang nak makan kan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....
Aglio Olio Pasta
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
300 gram pasta
6 ulas bawang putih
Daging secukupnya
Sayur baby spinach
Sedikit cili flakes
Minyak zaitun
Sedikit garam
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan daging sehingga bawang keperangan.
Masukkan serbuk cili, jika suka. Atau boleh juga ditabur ketika hendak dimakan.
Masukkan pasta dan kacau rata.
Masukkan garam dan baby spinach. Kacau rata. Jika nampak kering, boleh tambah lagi minyak zaitun. Nota: akhir sekali tabur serbuk keju parmeson. Saya tak letak kerana tak ada stock.
Catat Ulasan for "Aglio Olio Di London"
Add your comment