Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut



Saya ingin kongsikan resipi istimewa dan menjadi kegemaran keluarga saya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di atas blog saya ya. Juga jangan lupa untuk klik follow blog. 

Saya juga ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang Siri 67 Tokoh Sufi ke 74 iaitu Ismail Najid berkenaan ilmu. Kita perlu membaca untuk mendapat ilmu. Iraq, bacalah. Membaca juga untuk mengembangkan ilmu. Di sekolah dulu, guru guru ajar cara membaca. Kemudian cari buku untuk dibaca bagi mendapat ilmu. 

Semua ibadah seperti solat, haji dan puasa, jika tak didasar pada ilmu kemungkinan ianya akan ditolak begitu besar, manafaat jadi sedikit dan mudarat akan datang lebih banyak. Bahkan seseorang akan jadi cepat berputus asa dalam hidup. Seorang buat sesuatu tanpa ilmu akan cepat berputus asa. Bila ada ilmu tahu caranya, akan lebih mudah. Itu lah kesan ilmu jadi mudah dan tak ada putus asa.

Keinginan manusia untuk berubah kuat. Kalau berubah bukan atas dasar ilmu, kita akan lihat mereka akan terpelanting jauh ke belakang balik. Ada hari yang kita sedar, kita nak jadi baik. Nak jadi baik, akan mula ke surau, banyak bergaul dengan orang surau, mengeteh dengan orang surau dan akhirnya hilang balik. Cara nak berubah tu salah. Bahkan mudarat besar. Akhirnya dia jadi marah dengan geng surau pulak. Akhirnya bergaduh dengan ustaz dan jemaah. Habis dia nak dok mana. Berubah bukan atas dasar ilmu, mana mana pergi akan rosak.

Para sahabat yang ingin jadi baik akan duduk dengan Rasulullah untuk belajar dan mendapat ilmu, kemudian baru pulang untuk berdakwah pada kaum mereka. Nak berubah dasarnya ilmu, bukan semangat atau hanya berkawan dengan orang baik. 

Kita manusia pelupa dan mudah lemah semangat. Kalau kita ada kencing manis, kita takut jumpa kawan kaki mengeteh. Hajat pada makanan akan terhenti sendiri bila kita ada sakit. Bila masuk hospital, kena pulak puasa.

Tapi hajat pada ilmu tak pernah tamat. Rasulullah bila ziarah orang sakit akan pegang tangan. Orang sakit bila disentuh dia akan rasa tenang. Sentuhan pada fizikal. Akan rasa dikasihi. Kenapa saya sakit, kenapa saya diuji. Walhal semua orang ada ujian. Bila rasa malang dengan ujian itu lah tanda kejahilan ilmu. Semua orang diuji. Satu waktu akan diuji dengan benda tak disukai. Kita nampak ujian bila sakit atau tak ada duit.

Bila ramai kawan dan kaya, kita tak nampak itu juga sebagai ujian. Tua juga ujian. Buruk muka dengan herot sana sini. Sakit sendi saraf juga ujian. Sakit sana sini. Sampai kemuncak ujian yang kita tak suka ialah akan datang kesakitan sakaratul maut. 

Kita diuji bukan sebab bertuah atau tidak. Semua nikmat akan ditanya. Ujian kesihatan kerana kita tak jaga. Berat nak jawab di hadapan Allah. Ujian kuasa juga sangat besar. Kalau tak didasar dengan ilmu, ujian kuasa akan jadi mudarat lagi besar. 

Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga liang lahad. Belajar melalui membaca, bertanya soalan dan ada satu rujukan kita. Jangan malu bertanya. Makhluk memang suka bertanya. Kalau bukan bab ilmu, mereka akan tanya bab peribadi orang. Itu watak manusia. Jadi tanya benda yang lebih berguna. Itulah jalan ilmu. Kalau bertanya, 4 orang dapat pahala. Yang mulakan akan dapat semua pahala. Yang bertanya, yang menjawab, mendengar, orang beramal dengan soalan kita. 

Tapi kena tengok waktu sesuai untuk bertanya, sebagai mengikut adab. Jangan tanya waktu guru tengah bersama isteri dan anak anak atau tengah ada urusan peribadi. Bila suruh tanya, tak tanya pulak. Ini adalah kerana kita tak tulis soalan. Cukup setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Saya menyediakan mee hoon goreng ini  atas permintaan Juita untuk dihidangkan ketika Faiq berkunjung ke rumah kami buat kali pertama. Mee hoon ini ada kelainan dari mee hoon goreng lain dan mungkin tidak ditemui di mana mana kedai makan atau restoran. 

Mee hoon seperti ini hanya  ada di ruma. sahaja. Homecooked sahaja. Mungkin di rumah follower blog Azie Kitchen yang belajar resipi ini di blog saya. Hahaha. Secara jujur, saya sangat gembira bila ramai yang mencuba resipi yang saya kongsikan. Mudah mudahan ianya menjadi ladang pahala buat saya bila ianya diamalkan. Insya Allah.

Kalau mee hoon goreng seperti ini, memang saya akan makan bertambah tambah kerana ianya langsung tidak rasa muak. Sedap dengan rasa rasa ala tom yam atau masakan Thailand gitu. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket mee hoon
Udang secukupnya - buang kulit
1 mangkuk karot
3 biji telur
1 sudu besar garam 
½ cawan minyak jer

Bahan kisar:
2 biji bawang besar - 200-250 gram
3 biji cili hijau (2 cili padi, jika mahu pedas)
2 biji cili merah
18 helai daun limau purut - buang tulang

Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng

Cara cara:
Rendam mee hoon dalam air sejuk dalam 20-30 minit. Tos dan ketepikan.

Kisar cili dan bawang besar sehingga hancur. Kemudian baru dimasukkan daun limau purut. Jangan terlalu hancur.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan garam.

Masukkan karot. Kacau rata. Setelah karot separuh lembut, masukkan udang. Kacau rata.


Masukkan telur. Masukkan air panas. Biarkan mendidih. Nota: kali ini saya goreng telur dulu seperti membuat telur hancur, angkat dan ketepikan.


Masukkan mee hoon dan garam. Kacau rata.

Ketepikan mee hoon dan masukkan telur. Biarkan telur separuh masak, baru digaul rata dengan mee hoon.

Masak sehingga mee hoon terbit minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tabur daun bawang dan bawang goreng. Tabur juga telur goreng sebelum dihidangkan.



Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut"